Pesanan terakhir arwah ibu Awie sebelum meninggal dunia

Ibu Awie Allahyarhamah Azizah Abd Hamid 75, sempat menyanyikan sebuah lagu di �group whatsapp� sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Ketika itu Awie merasakan sangat gembira melihat tingkah laku ibunya yang menyanyi secara spontan yang ditujukan khas untuk anak-anak dan cucu-cucunya.

�Saya tidak menyangka nyanyian itu adalah untuk kali terakhir buat kami sekeluarga. Ibu saya kelihatan sihat dan tidak menunjukkan sebarang petanda yang dia sakit.�

�Namun semua ini sudah ditakdirkan, dalam pukul 8 pagi tadi, orang gaji hubungi saya yang ibu saya jatuh di bilik air. Tiba saya di rumah, saya pegang tangannya tetapi dah sejuk, nak sedapkan hati, saya hubungi ambulans.�

�Setelah selesai pegawai kesihatan membuat pemeriksaan ke atas ibu saya dan mengesahkan ibu saya sudah meninggal dunia,�
ujar Awie kepada portal Murai.com.my.


Awie juga menyeru kepada sesiapa yang mengenali arwah ibunya, sekiranya ingin menuntut hutang sila bertemu dengannya di rumah di Taman Ukay Bestari.

�Kepada yang ingin menuntut hutang sila berjumpa dengan saya, kalau ada yang ingin halalkan saya ucapkan berbanyak terima kasih.

�Dengan kesempatan ini juga saya ucap terima kasih kepada para tetamu, rakan-rakan dan pihak media yang meluangkan masa untuk solat jenazah, saya amat hargai,�
kata Awie mengakhiri bicara.

Sumber : Portal Murai