9 Foto malam berinai Yaya Maembong & Wan Raja

Selepas Shikin Maembong selamat bergelar isteri kepada Chef Riz, kini giliran seorang lagi adik-beradik Maembong untuk menjadi milik orang.

12 Disember ini (esok), Yaya Maembong akan dinikahkan dengan pelakon Wan Raja di Masjid Al-Ridhuan Hulu Klang. Kedua-dua bakal pengantin ini telah pun membidik gambar pra-perkahwinan dan juga turut sama menganjurkan malam berinai untuk memeriahkan lagi majlis yang bakal berlangsung.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan  bakal diadakan pada 14 Disember ini di Dewan Sri Putra, KL manakala pada 26 Disember 2014 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang pula untuk sebelah keluarga pengantin lelaki. 

Untuk makluman, Yaya Maembong dan Wan Raja telah pun bertunang pada 10 Syawal lalu. Perkenalan mereka bermula ketika sama-sama berlakon dalam drama Diari 3G.

Selamat pengantin baru kami ucapkan kepada Yaya dan Wan Raja. Semoga majlis esok akan berjalan dengan lancar. Lepas ini bolehlah Emma Maembong menamatkan zaman gadisnya sebab kakak-kakak semua dah selamat kahwin. 

Tak sabar rasanya nak tunggu saat itu. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.