6 Foto terkini isteri Zed Zaidi semakin mengancam

Zed Zaidi merupakan presiden Seniman yang penuh kontroversi dan sering menjadi bualan dan tumpuan orang ramai.

Macam-macam kes yang berlaku, dari kes Aaron Aziz sehingga yang terkini kes Vanidah Imran dan juga pertelingkahan dengan Adlin Aman Ramli.

Untuk pengetahuna, Zed Zaidi atau nama penuhnya Rozaidi Abdul Jamil telah berniah dengan Natalia Mustafa Kamal dan mempunyai anak.

Jom lihat gambar Zed Zaidi dan isteri yang lebih dikenali sebagai Nelly Natalia - Blog Hotlips.






Foto kereta mewah Rabecca Nur Al-Islam tersebar?

Baru sahaja rasanya kami kongsi dengan anda semua foto-foto percutian Rabecca Nur Al-Islam bersama keluarganya di Paris.

Tapi, apa yang lebih menarik, khabarnya pelakon cantik itu kini sudah memiliki kereta mewah favourite ramai. Bukan calang-calang kereta ya sebab dengarnya Rabecca beli Hummer!

Percaya atau tidak, kalau tak salah kami, harga kereta Hummer ni boleh mencecah sehingga setengah juta ringgit Malaysia.

Mana taknya, kebiasaannya kereta mewah ini digunakan oleh menteri-menteri dan kaum kerabat diraja sahaja. Untunglah jadi orang kaya kan. Harga kereta pun dah boleh beli rumah sebiji.

Luahan sayu anak perempuan juruterbang QZ8501

Pasti seluruh dunia sudah maklum akan kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang dilapor terputus hubungan dengan menara kawalan sejak pagi semalam.

Kehilangannya menimbulkan resah dalam kalangan ahli keluarga serta kenalan penumpang dan anak kapal pesawat tersebut.

Terbaru, anak perempuan Ketua Juruterbang pesawat QZ 8501, Anglea Anggi Ranastianis, 22, menerusi media sosial dikatakan memuat naik sebuah gambar ayahnya di akaun laman sosialnya bersama rayuan supaya bapanya kembali pulang ke pangkuan keluarga menyentuh hati banyak pihak.

�Papa, baliklah.. Kakak masih perlukan papa. Kembalikan papa saya.

�... Papa, baliklah papa.. Kita perlu berjumpa,�
katanya menerusi sebuah paparan di laman akaun Pathnya.

Pesawat AirAsia QZ8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura semalam setelah dilaporkan terputus perhubungan dengan pusat kawalan udara.

Pesawat itu dilaporkan berangkat dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sampai di Singapura seharusnya pukul 8.30 waktu tempatan.

Pesawat tersebut dilaporkan membawa 162 penumpang termasuk anak kapal - Sinar Harian.


4 Foto Neelofa pakai seluar jeans ketat bertudung

"Sory kalo ramai x suka thread ni..terkejut tengok neelopa pakai jeans nampak camel toe kat Nona semalam..baju dia mmg pendek tutup cover perut jah..x kan tak perasan kot tengah on air..kalo dia button kan jaket maybe x perasan la..jangan samakan ramai kat luar mcm ni tapi as a public figure kena alert la sebab jadi ikutan peminat kang..plus dia baru bertudung..hopefully retis lain yg bertudung tu alert gak pasal pakaian.." - dipetik dari FORUM CARI.





Luahan Izreen Azminda dilayan macam sampah oleh lelaki?

Awal pagi tadi, kami menerima screenshot daripada salah seorang followers pelakon cantik, Izreen Azminda yang mendakwa bahawa Izreen kini seakan-akan sedang mengalami kekecewaan.

Dalam foto tersebut, Izreen mengatakan bahawa dia dilayan macam sampah oleh seseorang yang tidak disebutkan namanya.

Sama seperti anda semua, kami pun tertanya-tanya siapakah gerangan individu yang memperlakukan Izreen sedemikian rupa. Tapi, bila kami jengah ke laman Instagram Izreen, foto tersebut telah pun dipadam.

Hurm�Kita tunggu dan lihat sahaja ada tak insan-insan yang melatah dengan kata-kata Izreen tu nanti. Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya kan? - Portal Ohbulan.



3 Foto terakhir lokasi pesawat AirAsia QZ 8591 yang dimuatnaik pramugari Nisa

Pramugari AirAsia Indonesia, Khairunisa Haidar Fauzi, 22, sempat memuat naik foto profil Blackberry Messengernya (BBM) yang memperlihatkan sayap pesawat itu sedang melalui sebuah kawasan lautan.

Memetik laporan berita Tribunsumsel.com, perkara itu disedari keluarga dan rakan Khairunisa atau lebih dikenali sebagai Nisa ketika melihat foto profil di BBM milik gadis yang berasal dari Palembang itu. 

Menurut seorang temannya, keluarga dan rakan Nisa tertanya mengenai perihal foto profil Nisa yang terakhir itu kerana Nisa tidak pernah memuat naik foto profil berkenaan.

�Biasanya dia akan memuat naik foto sama ada dirinya seorang atau dia dan juga teman lelakinya. Tetapi kita tertanya apakah maksud profil terakhir Nisa itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Nisa,� kata temannya.

Foto itu juga tidak menunjukkan tanda bahawa pesawat itu meluncur menuju ke arah laut. Sementara itu, Khairunisa dijadualkan akan pulang ke kampung halaman di Palembang pada minggu hadapan.

Menurut ibunya, Rohana, anaknya itu akan pulang di kediamannya di Jalan Pipa, Kelurahan Pipa Reja, Kecamatan Kemuning pada 6 Januari hadapan selepas kali terakhir pulang bulan lalu.

"Rancangannya adalah, Nisa akan pulang ke Palembang pada 6 Januari depan dan tiket juga sudah dibeli,� katanya. 

Tambahnya lagi, komunikasi terakhir antara anaknya itu dengannya adalah malam sebelum kejadian itu - Blog Viralberita.




Zizan Razak rancang nikah Emma Maembong secara sederhana

Pelawak Zizan Razak memberitahu majlis perkahwinannya dengan pelakon Emma Maembong akan diadakan secara sederhana mengikut permintaan bapa wanita itu, pelukis terkenal Ismail Embong.

Bagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya, Mohd Razizan Abd Razak, 30, berkata, dia tetap akan berlaku adil kepada masyarakat dan peminat yang ingin menyaksikan hari bahagianya nanti.

"Andai kata saya berkahwin dengan Emma nanti, saya akan menghormati permintaan bapanya kerana saya faham orang tua kadang-kadang lebih suka ia dilakukan secara sederhana sahaja.

"Namun saya juga milik masyarakat dan perlu berlaku adil kepada peminat dan masyarakat yang ingin meraikan bersama hari perkahwinan tersebut,"
ujarnya kepada mStar Online.

Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang keputusan bapa kekasihnya iaitu Ismail Embong yang mahu majlis pernikahan anak-anaknya dilakukan secara sederhana dan tertutup.

mStar Online pada 22 Disember lalu melaporkan, Ismail telah mengecam majlis pernikahan anaknya Yaya Maembong dengan pelakon Wan Raja apabila mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa dengan mengadakan perkahwinan cara membazir termasuklah majlis berinai yang tidak mendapat keizinannya.

Yaya dan Wan Raja bernikah pada 12 Disember lalu.

Mengulas tentang perkara itu, Zizan berkata ia adalah hal berkaitan keluarga dan tidak perlu diperbesarkan kepada umum.

"Saya tidak boleh berpihak kepada mana-mana kerana bagi saya kedua-dua pihak ada jawapan mesing-masing. Saya tidak boleh memberi penilaian secara peribadi kerana ia adalah hal dalam keluarga yang seharusnya dibincangkan hanya dalam keluarga sahaja.

"Bagi saya apa yang berlaku ayah adalah tetap ayah kita walaupun baik atau buruk pun dia,"
ujarnya.


Sementara itu, Zizan berkata, dia memuji sikap kekasihnya Emma Maembong dalam menyelesaikan masalah keluarga tersebut dengan matang.

Dia dan Emma juga kini dalam proses memujuk kedua-dua belah pihak agar berbaik semula.

"Saya puji dengan sikap Emma yang matang dalam hal ini kerana dia lebih tahu dan rapat dengan kedua-dua belah pihak ini.

"Dia tahu apa yang perlu dilakukannya dalam memujuk kedua-dua belah pihak untuk berbaik,"
katanya.

Sementara itu, ditanya tentang rancangan perkahwinannya dengan wanita tersebut, Zizan berkata ia mungkin selepas semua masalah tersebut selesai.

"Insya-Allah, Emma beritahu biar keluarganya selesai dahulu dan doakan yang terbaik sahaja buat kami," ujarnya - mStar.

Fesyen terkini Puteri Sarah Liyana semakin mengancam

Isteri kepada pengarah muda terkenal Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana turut hadir ke ?#?karnivalmegasale? yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Penampilannya di karnival itu sangat-sangat cantik dan memukau. Dah makin cantik Puteri Sarah sekarang tau. Boleh kami tak tidur lena membayangkan kejelitaannya. Betul tak?



Fakta pesawat QZ 8501 AirAsia yang hilang

Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.

Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berlepas pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan. Kompas.com turut melaporkan insiden itu.

Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia pula menyatakan ia menerima laporan bahawa pesawat Airbus dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.

Menurut Staf Khusus, Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa, faktor cuaca buruk antara kemungkinan jangkaan awal kehilangan pesawat AirAsia itu.


Berikut ialah beberapa fakta menarik mengenai pesawat QZ 8501 AirAsia yang dilaporkan hilang awal pagi tadi.

Jenis pesawat: Airbus A320

Pendaftaran: PK - AXC

Laluan: Surabaya-Singapura

No Penerbangan: QZ 8501

Jadual Penerbangan: 5.20 pagi - Berlepas (waktu tempatan), 8.30 pagi - Ketibaan (waktu tempatan)

Komposisi Kru:

1. Kapten: Iriyanto

2. Pegawai Penerbangan: Remi Emmanuel Plesel

3. Empat Atendan: Wanti Setiawati, Khairunisa Haidar Fauzi, Oscar Desano & Wismoyo Ari Prambudi

4. Jurutera: Saiful Rakhmad

Komposisi penumpang: 138 dewasa, 16 kanak-kanak & 1 bayi

Sumber : Berita Harian

4 Foto aksi Dato� Siti Nurhaliza naik Jentolak bantu mangsa banjir

Sanggup meredah banjir dan merasa sendiri penderitaan yang dialami mangsa-mangsa banjir selain menghulurkan sumbangan dan bantuan, penyanyi tersohor negara Dato� Siti Nurhaliza datang terus kepada pihak yang sedang diuji malapetaka banjir saat ini.

Anak jati negeri Pahang ini, turun padang menyaksikan sendiri situasi banjir yang menimpa kawasan kampung halamannya di Kuala Lipis.

Kenderaan yang dinaiki penyanyi nombor 1 ini pula memang amat jarang iaitu jentolak bagi meredah kawasan yang dipenuhi selut banjir.

Saksikan gambar Dato Siti Norhaliza dalam misi bantuan banjir Kuala Lipis di bawah ini. Mesti ramai jejaka gagah kat luar sana yang tercabar, tak gitu? - Blog Taotauajer.






Tweet wanita palestin yang mengejutkan Heliza Helmi

Kini di Palestine di sempadan Gaza, warga Palestine sedang berjuang untuk hidup dengan perang kaum yahudi.

Di laman twitter pula, tersebar satu mesej yang amat meninggalkan kesan buat semua orang. Mesej tersebut disampaikan oleh seorang wanita Palestin buat Heliza Helmi dan ia seharusnya memberi kesedaran kepada semua warganegara Malaysia.

Mesej itu berbunyi demikian: "Malaysia diuji dengan hiburan, makin jauh dengan Allah, Palestine diuji dengan perang, esok bakal syahid." - Blog Hotlips.



12 Foto percutian Azrinaz Mazhar di London yang amat mewah

Bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim kini semakin menjadi tumpuan ramai terutama di majlis korporat mahupun majlis makan malam.

Tertarik dengan gambar yang dikongsikan olehnya di Instagram yang begitu anggun, mewah dan cukup bergaya. 

Menggayakan rekaan baju-baju terkini dan warna yang sesuai dengan personalitinya membuatkan Azrinaz berada diliganya tersendiri. 

Walaupun memegang status ibu tunggal, namun tidak menghalang dirinya untuk menceburi bidang keusahawanan dalam industri telekomunikasi iaitu Clixster Mobile. 

Azrinaz yang memegang jawatan sebagai pengarah syarikat dan difahamkan pengguna talian Clixster telah mencecah lebih 200 ribu orang pengguna. 

Teringat lagi ketika beliau membuat lintas langsung sebagai wartawan TV, boleh terpaku melihatnya yang petah berkata-kata dan menghuraikan fakta-fakta penting buat penonton. 

Dengan kesempatan ini, dikongsikan kepada anda antara gambar-gambar Azrinaz yang mesra aksinya di depan kamera - Murai Batu.













Shikin Maembong sah hamil dua minggu, Chef Riz sangat teruja

Chef Riz meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Shikin Maembong, 31, kini sedang mengandung dua minggu selepas bernikah pada 5 Disember lalu.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, menyifatkan ia sebagai satu rezeki besar buat keluarganya kerana dia tidak menyangka isterinya hamil dalam masa terdekat.

"Pada minggu lalu, Shikin sering tidak sihat, lemah dan kerap muntah. Hati saya terdetik juga adakah dia mungkin mengandung. Apabila membuat pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan dia mengandung.

"Memang kami rancang mahukan anak dengan segera tetapi tak sangka pula seawal ini. Segan juga nak kongsi kepada umum, maklumlah perkahwinan kami masih baru lagi. Apa-apapun, ini rezeki yang diberi oleh Allah. Alhamdulillah, syukur,"
katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Tambah Chef Riz, berita gembira itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk bekerja bagi membuat persiapan kelahiran anak sulungnya nanti.

Anak kepada Datuk Chef Wan itu turut berharap kandungan tersebut adalah anak lelaki, namun tidak kisah sekiranya dikurniakan anak perempuan.


Sementara itu, Chef Riz berkata, sejak mendirikan rumah tangga pada 5 Disember lalu di Bora Ombak, Ampang, dia dapat merasakan perubahan dalam kehidupannya yang semakin terurus.

"Alhamdulillah, daripada segi jadual kerja, makan dan pakai semuanya isteri yang uruskan dan ia membuatkan susun atur aktiviti harian saya lebih mudah.

"Memandangkan kami menjalani perniagaan bersama, maka agak susahlah nak berenggang. Rasa seronok dan apatah lagi berita gembira mengenai kehamilan Shikin membuatkan hidup kami lebih bermakna,"
tuturnya.

Shikin merupakan anak kepada pelukis terkenal tanah air, Ismail Embong dan kakak kepada aktres Emma Maembong.

Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila kedua-duanya berpisah pada November 2012 - mStar.

2 Foto pernikahan Yazer AF3 dan Ekin Rahman AF3 curi tumpuan

Pasangan kekasih yang mula dikaitkan bercinta sejak Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Ekin dan Yazer sah bergelar suami isteri sebentar tadi.

Majlis diadakan di kampung Ekin di Kampung Bebuloh Laut, Wilayah Persekutuan Labuan.

Mereka menjalinkan hubungan cinta selama sembilan tahun dan pernah putus seketika hujung tahun lalu. Begitupun jodoh kuat antara pasangan kekasih ini.

Ahad ini mereka akan diraikan di lokasi yang sama.

Ekin sendiri tidak menyangka jodoh mereka panjang biarpun pernah dilanda badai hingga nekad memutuskan hubungan yang sedia terjalin sejak kedua-duanya menyertai Akademi Fantasia musim ketiga sekitar 2005.

"Alhamdulillah jodoh kami kuat. Harap ia berpanjangan hingga ke jannah," katanya ringkas - Berita Harian.



2 Foto perkahwinan Wan Nordiana, adik Fizo Omar

Pelakon Fizo Omar memberitahu majlis akad nikah adiknya, Wan Nordiana, 25, yang berlangsung petang Jumaat menjadi kelam-kabut akibat rumah kediaman mereka di Selising, Pasir Puteh, Kelantan terputus hubungan.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, persiapan yang dirancang untuk majlis pernikahan dan persandingan pada Sabtu (esok) pula terpaksa dibatalkan kerana rombongan pihak lelaki dari Kuala Lumpur tidak dapat menghadirinya selain hotel yang ditempah menutupkan operasi kerana dimasuki air.

"Majlis pernikahan adik saya petang ini dan persandingan akan dilakukan sekadar apa yang mampu sahaja kerana keadaan tidak mengizinkan, rumah kami sudah terputus hubungan dengan kawasan bandar.

"Beberapa persiapan seperti katering, juru solek, tidak dapat sampai ke rumah kami petang ini. Malah rombongan pihak lelaki seramai 70 orang juga tidak dapat datang,"
katanya kepada mStar Online, Jumaat.

Bagaimanapun, Fizo berkata, majlis tersebut tetap akan dijalankan secara sederhana mengikut syarat yang wajib sahaja. Dia bernasib baik kerana rumahnya tidak terlibat dengan kawasan banjir.

"Majlis pernikahan akan tetap dijalankan kerana pengantin lelaki sudah berada di sini bersama kedua ibu-bapanya dan kami akan buat majlis untuk keluarga sahaja.

"Manakala majlis persandingan esok pula akan tetap ada cuma makanan yang kami sediakan adalah terhad kerana bekalan makanan di kampung juga semakin berkurangan,"
katanya.

Sementara itu, Fizo berkata, bekalan elektrik di rumahnya baharu sahaja disambung semula sejak terputus pada pagi Khamis.

Fizo berkata, sejak sampai ke Kelantan pagi Jumaat keadaan banjir semakin teruk dan menyedihkan.

"Saya sepatutnya balik ke Kelantan semalam (Khamis) tetapi tiada penerbangan ke Kelantan, pagi tadi baru saya sampai dan sepanjang perjalanan balik ke rumah saya lihat orang ramai sedang sibuk menyelamatkan diri dan barang-barang.

"Keadaan semakin teruk dan sukar untuk digambarkan. Saya mungkin akan mencari bot untuk menolong penduduk di sini,"
katanya.

Dalam pada itu, Fizo berkata, dia akan berada di negeri itu sehingga keadaan banjir semakin baik.

Dia juga akan menjalankan tanggungjawab sosial dengan memberi bantuan serta mengumpul barang-barang untuk keperluan mangsa banjir.

"Saya akan berada lama di sini sehingga banjir reda. Mula esok saya akan mengumpul barang-barang untuk keperluan mangsa banjir dan edarkan kepada mereka," ujarnya - mStar.



15 Foto terkini Raline Shah, bekas kekasih TMJ

Raline Shah (lahir di Jakarta, 4 Mac 1985, umur 29 tahun) adalah seorang aktres Indonesia berdarah Melayu. Beliau mula terkenal ketika menjadi salah satu dari finalis Puteri Indonesia 2008 dan menjadi puteri terfaforit.

Setelah itu, banyak tawaran di dunia hiburan yang ia terima, antara lain menjadi untuk acara Kitchen Beib di Global TV, bintang iklan, maupun berakting. Dia mendapatkan pendidikan tinggi dari National University of Singapore di bidang ilmu politik, dan meraih gelar B.A in Political Science and New Media & Communications (Hons).

Raline Shah tampil dalam debut karier perannya dalam film layar lebar 5 cm (2012). Raline merupakan aktor berdarah campuranTionghoa-Melayu dari kakeknya yang berasal dari Malaysia dan Pribumi-Nusantara dari ayahnya, Rahmat Shah, pengusaha dan mantan diplomat dari Medan, Sumatera Utara yang berkewarganegaraan Indonesia. Ibu Raline, Roseline Rahmat, adalah warga negara Singapura.

Sumber gambar : Blog Beritasemasa22