Foto Safee Sali merokok dikritik orang ramai

Jika sebelum ini, Safee Sali dikritik hebat kerana prestasinya yang menurun ketika perlawanan menentang pasukan Thailand baru-baru ini, kini satu gambar yang memaparkan Safee dilihat merokok pula dijadikan bahan oleh peminat untuk mengkritik Safee.

Di dalam gambar yang tersebar melalui media sosial itu, Safee Sali dilihat bersama-sama beberapa pemain kebangsaan yang lain seperti Kahirul Fahmi, Farizal Marlias dan Shukor Adan.

Di dalam gambar tersebut Safee Sali dilihat sedang menghisap sebatang rokok sambil minum air disebuah restoran.

Perbuatan Safee di dalam gambar itu telah dikritik sehingga ada yang memberikan komen sikap seperti itulah yang menjadi punca kekalahan kepada skuad Kebangasaan pada malam esok dan juga menjadi punca prestasinya menurun.


Selain dari isu prestasi Safee Sali, orang ramai turut memberi komen kecewa apabila pemain bola sepak bertaraf professional dan antarabangsa memakai jaket pasukan Malaysia ketika merokok.

�Ia adalah sama sekali tidak profesional untuk berbuat demikian. Terutama sejak dia tidak mempamerkan aksi yang baik musim lalu,� kata peminat bola sepak tempatan.

Ada juga yang menyamakan kejadian ini dengan kejadian seorang pemain pasukan England dan Arsenal, Jack Wilshere yang memohon maaf kerana tindakannya menghisap rokok semasa bercui di Las Vegas, AS.

Sumber asal : Blog Ekeleh


3 Foto terkini Ifa Raziah paling memukau

Terdengar luahan kecewa serta kesedihan dihujung talian tatkala penghibur terkenal, Ifa Raziah dihubungi untuk bertanyakan tentang komen-komen negatif peminat yang diterimanya dilaman Instagram.

"Mula-mula dulu saya rasa kecewa dan sedih, rasa 'down' sangat dengan apa yang dikatakan oleh pengkritik-pengkritik tidak bertauliah ini. Tapi saya kuatkan juga semangat, bagi saya perkara ini tidak meninggalkan kudis pun buat saya. Ia lagi mendatangkan semangat dan petanda bahawa sebenarnya Kak Ifa ini diperhatikan secara langsung dan tidak langsung oleh mereka. Pastinya mereka tidak sabar untuk menunggu persembahan saya setiap minggu," luah penyanyi yang sudah lebih 18 tahun berada di dunia hiburan ini.

"Yang komen tu pun bukannya sempurna sangat, akak kecewa kerana kita telah diajar untuk tidak menegur dengan cara yang sebegitu. Yelah bukan saya sahaja yang terjejas dengan isu ini, saya ada suami dan anak-anak. Saya nampak mereka turut terjejas dengan apa yang diperkatakan macam saya ini bukan seorang manusia. Ada yang siap tulis, baik orang yang bernama Ifa Raziah tiada dalam dunia ni tiada siapa kisah. Siapa mereka untuk berkata begitu, mereka bukan malaikat mahupun tuhan untuk menghukum saya sampai begitu sekali."

Ifa Raziah antara 12 orang penyanyi berpengalaman yang dipilih untuk rancangan hiburan di Astro, Gegar Vaganza yang mula ditayangkan pada 16 November yang lalu. Membariskan bintang seperti Mamat (Exist), Hasnol Rahmat, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai Illusi, Haleeda, Nadia, Sharifah Zarina, Fazli Zainal, Adilla dan Ifa Raziah sendiri.

"Ini sebenarnya peluang kedua buat saya dan rakan seperjuangan yang lain, semua orang tahu zaman kegemilangan kami dah berakhir tapi bila diberikan peluang yang macam ini siapa yang tak mahu ambil kan? Lagipun saya nak cari rezeki yang halal, bukan untuk siapa pun untuk anak dan keluarga juga. Tiada niat pun kata nak masuk pertandingan ni sebab nak jual diri atau apa cuma mahu buktikan pada semua bahawa Ifa Raziah ni artis versatil, bukan tahu menyanyi dangdut sahaja," cerita hos rancangan kekeluargaan, Terima Kasih Ibu terbitan Astro ini.

"Sekarang ni kak ifa hanya akan fokus pada karier dan keluarga, biarlah apa mereka nak cakap. Fokus utama saya sekarang untuk menghiburkan peminat-peminat saya di Gegar Vaganza, berikan sepenuh komitmen dan tenaga dan pastikan ianya adalah yang terbaik. Selain itu, saya juga akan mengacarakan rancangan di TV3 secara langsung. Jika ada yang nak menegur, saya sentiasa terima dengan hati yang terbuka. Cuma perlulah kena dengan caranya, jangan menulis yang bukan-bukan kerana saya ada keluarga," terangnya lagi mengakhiri perbualan.

Sumber asal : Media Hiburan





2 Foto Fasha Sandha jalan-jalan dalam tempoh berpantang

Murai Batu rasa semua artis berhadapan perkara yang sama apabila apa sahaja gerak gerinya pasti menjadi perhatian dan menerima teguran daripada peminat-peminat yang merasakan ada sahaja yang tidak kena.

Begitulah juga dengan pelakon yang baru sahaja melahirkan puteri yang comel iaitu Fasha Sandha baru-baru ini dan kini masih lagi dalam pantang.

Dek kerana perihatian sangat dengan pelakon ini, ada seorang peminat menegurnya adakah dia sudah habis pantang ketika sekeping foto dimuat naik Fasha dalam Instagram miliknya yang menggambarkan seperti sedang berada di sebuah restoran di luar bersama suami dan rakan-rakan.

Peminat itu pun seperti menegur dengan cara yang agak kasar apabila hanya memanggil Fasha dengan panggilan �Perempuan� sahaja. Ayat penuhnya seperti �perempuan ni dah habis pantang ke�

Ramai peminat lain yang berang dengan teguran dan soalan yang dilontarkan itu membuatkan ramai diantara mereka yang membalas kepada peminat tersebut dengan komen-komen seperti kurang senang.

Bukan sahaja peminat, malah Fasha sendiri telah pun membalas komen peminat tersebut bersama alasan mengapa dia keluar ketika masih lagi dalam pantang.

Sumber asal : Portal Murai



Koleksi foto Lara Alana, bayi artis paling comel di Malaysia

Ibarat menatang minyak yang penuh, begitulah ungkapan yang wajar diberikan kepada bayi perempuan pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari. Baru sahaja menginjak ke usia 3 bulan, Lara Alana kini sudah memiliki kereta BMW miliknya sendiri.

�Buat masa ini, barang termahal yang dimiliki oleh Lara adalah kereta BMW yang dihadiahkan oleh kenalan. Namun, ia bukanlah kereta BMW sebenar, sebaliknya kereta BMW mainan yang direka khas untuk kanak-kanak.

Kami tidaklah begitu memanjakan anak, sebaliknya Lara dimanjakan oleh orang sekeliling yang memberikannya hadiah. Saya pernah merasai hidup susah ketika kecil dan mahu Lara untuk menjalani hidup yang seimbang yang mana tahu erti kesusahkan serta kesenangan,�
ujar Awal ketika ditemui di majlis aqiqah Lara pada Sabtu.

Cerita Awal lagi, akaun Instagram Lara kini sudah mempunyai pengikut mencecah puluhan ribu orang. Jelas pengacara Melodi ini, dia membuka akaun tersebut bagi pihak anaknya adalah untuk berkongsi setiap saat istimewa dalam hidup anak sulungnya.

�Sebenarnya akaun ini sudah dibuat oleh saya ketika Scha masih sarat lagi namun ianya 'private' pada ketika itu. Niat saya adalah untuk menjadikan akaun tersebut seperti jurnal yang mana Lara berpeluang untuk melihatnya apabila besar nanti.

Malah ada juga yang turut berminat dengan idea ini dan berhajat untuk membuka akaun untuk anak mereka nanti. Malah akaun Lara ini juga membuka ruang kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung untuk mempromosikan produk mereka,�
ujar Awal.

Selain itu, Awal tidak menafikan yang Lara turut menerima tawaran untuk menjadi duta beberapa produk. Namun dia dan Scha memilih untuk menanti sehingga Lara mencapai usia yang sesuai untuk mula bekerja.

Sumber asal : Portal Gua













Fizo Omar & Mawar dikecam lagi kongsi gambar tak berbaju

Pelakon dan pengacara popular dikritik peminat gara-gara satu gambar selfie diri dan isteri yang di muatnaik di laman sosial peribadinya.

Gambar itu menunjukkan Fizo tidak berbaju manakala isterinya mawar mengambil gambar ketika Fizo sedang melakukan senaman untuk ujian kesihatan beliau dengan kapsyen.

Fizo Omar ~
Medical check up.. Dah lame xbuat benda alah ni..
Biasa la bila usia dah nak masuk 3 series ni kene la check kot2 ade part2 yg xbrape nak ok.
Soal makanan pun satu hal.bila makan xigt dunia..bila ade penyakit bru nak tepuk dahi..
Alhmdllh result hri ni ok.sihat walafiat.
Cuma stamina dah agak menurun dah..
So u all tu jgn asyik sibuk berkerja je.kesihatan kene jaga n skali skala kene dtg check n 'service' 'enjin' tu...

Biasalah peminat apa yang di muatnaik oleh seorang selebriti itu ada sahaja yang mereka tidak puas hati macam-macam pendapat dan cacian timbul, yerlah mereka konon-kononnya menasihat selebriti tersebut.

Tetapi sifat mereka lebih kepada mengkritik atau mengata dan mengeji selebriti terbabit ini dah dikira tak bagus dan dikira mengaibkan seseorang individu, walau apapun itu pendapat masing-,masing.

Sumber asal : Blog Newsredapple



Sebab sebenar Tiz Zaqyah tinggalkan dunia glamor?

Sebab sebenar Tiz Zaqyah tinggalkan dunia glamor? - Pelakon wanita Tiz Zaqyah akan cuba untuk kurangkan berlakon untuk menumpukan perhatian kepada syarikatnya KL Calling.

KL Calling merupakan syarikat urus acara, untuk menganjurkan pelabgai aktiviti-aktiviti dan majlis korporat.

�Saya sebenarnya merindui untuk menjalani kehidupan biasa seperti dahulu yang tidak dikenali ramai dan pergerakan saya juga tidak terbatas.�

�Untuk menghidari seketika dunia glamor, menganjurkan aktiviti belia antara cara saya untuk menjadi orang biasa. Lebih-lebih lagi majlis yang melibatkan badan-badan kebajikan, saya sangat seronok membantu mereka,�
katanya kepada portal Murai.com.my.


Ketika ditanya adakah dia tergugat dengan bakat-bakat baru sehingga dia ingin menjauhkan diri daripada dunia glamor?

Tiz memberi penjelasan, dia tidak tergugat dengan pelakon baru malah dia mengalu-alukan kedatangan mereka untuk memeriahkan lagi industri lakonan tanah air.

�Tak rasa pun tergugat, saya masih lagi seronok untuk berlakon dan ikhlas melakukannya demi peminat saya. Lagipun tak salah pun nak bersaing, orang kata bersaing secara sihat,� seloroh Tizz sambil gelak ketawa.

Dalam perkembangan lain, Tiz melakonkan watak sebagai jururawat klinik dalam drama terbaru arahan Jehan Miskin iaitu Seludup.

Seludup bakal ditayangkan pada 4 Disember depan, jam 9.30 malam di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Cara Malaikat Maut memberitahu bila tiba ajal kita

Sebahagian Para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut Nyawa: "Tidakkah Kau memberikan Aba- aba atau peringatan kepada Manusia bahawa kau datang sebagai malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih hati-hati?"

Malaikat itu menjawab: "Demi Allah, aku sudah memberikan aba -aba dan tanda- tandamu yang sangat banyak berupa penyakit, uban, kurang pendengaran, penglihatan mulai tidak jelas (terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang aba-aba tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekal yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya: "Bukan kah aku telah memberimu banyak aba -aba dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah, aku adalah peringatan terakhir, setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya." (HR imam qurthubi)


Beginilah cara kerja Malaikat Maut

Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunya dua mata diwajahnya dan dua lagi tengkuknya: "Wahai malaikat pencabut nyawa , apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal diwaktu yang sama; yang satu berada di hujung timur yang satu berada diujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor bintang melata pun akan mati?"

Malaikat pencabut nyawa berkata: "Aku akan panggil ruh - ruh tersebut , dengan izin Allah , sehingga semuanya berada diantara dua jariku , Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku." (HR abu Nu'aim)

Ternyata Orang Mati Mendengar Tapi Tidak Bisa Menjawab

Rasullullah SAW memerintahkan agar mayat- mayat orang kafir yang tewas pada perang badar dilemparkan ke sebuah sumur tua. Kemudian beliau mendatanginya dan berdiri di hadapannya. Selepas itu, beliau memanggil nama mereka satu- satu: "Wahai fulan bin fulan, fulan bin fulan, apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian untuk kaliab betul-betul ada? Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar-benar ada dan terbukti."

Umar lalu bertanya kepada Rasulullah: "Wahai Rasul, mengapa engkau mengajak bicara orang -orang yang sudah menjadi mayat?"

Rasulullah menjawab: "Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kalian memang tidak mendengar jawapan mereka atas apa yang tadi aku ucapkan, Tapi ketahuilah, mereka mendengarnya, hanya saja tidak dapat menjawab." (HR Bukhari Muslim)

Sumber asal : Blog Ihtmalaysia

Fotot-foto Sharifah Shahira patah kaki dimasukkan ke hospital KPJ Tawakal, Kuala Lumpur

Penyampai dan pengacara radio, Sharifah Shahira telah dimasukkan ke hospital KPJ Tawakal, Kuala Lumpur selepas kaki kanannya patah akibat terjatuh daripada basikal.

Khabarnya, selebriti jelita ini dimasukkan ke hospital sejak dua hari yang lalu dan dijangka akan keluar daripada hospital esok.

Kami di Media Hiburan Online mendoakan semoga Shira akan cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa.





Foto Almy Nadia atas katil yang mengejutkan peminat

Wah, terkejut juga kami bila melihat gambar dan membaca komen-komen di Instagram Almy Nadia beberapa hari lepas yang mana kebanyakan peminat Almy tertanya-tanya sama ada isteri kepada Fizz Fairuz ini hamil anak kembar.

Kalau tak silap kami, Almy dan Fizz dah pernah mengumumkan jantina anak yang bakal dilahirkan sekitar bulan lepas. Tapi adakah sebenarnya kembar perempuan?

Bukan apa, peminat menyangka begitu kerana terpandang foto terbaru Almy yang semakin sarat macam dah hampir menunggu hari untuk bersalin.

Memang tak dapat dinafikan Almy kelihatan lebih berisi dari sebelum ini, tapi semua tu langsung tak menghalang Almy dari kelihatan berseri-seri dan cantik. Inilah nama dia aura ibu mengandung, kan?

Makanya, Almy tak perlu risau lagi atau terasa kalau-kalau ada orang yang mengata dia berbadan besar. Normallah bentuk badan kita mengembang bila berbadan dua.

Apapun, kami doakan semoga Almy dapat melahirkan bayi sulungnya dengan selamat kelak. Mesti anak angkat Almy, Nur Afrina Darwisya tak sabar menanti kelahiran adiknya.

Sumber asal : Portal Ohbulan




Fizo Omar perjelas isu perubahan syarat pertandingan Berposing Ala Mawar Fizo

Pelakon Fizo Omar menjelaskan penambahan beberapa syarat bagi mencari pemenang pertandingan Berposing Ala Mawar Fizo yang berlangsung sejak dua bulan lalu sebagai langkah berlaku adil kepada semua peserta.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, perkara tersebut dilakukan selepas mengenal pasti terdapat peserta yang menggunakan taktik kotor bagi memenangi pertandingan tersebut dengan jalan mudah.

"Pada asalnya kami memang buat peraduan ini secara santai sahaja dan tidak menjangkakan akan menerima beribu-ribu penyertaan sehingga membuatkan kami terpaksa menambah syarat tertentu supaya pemenang yang dipilih adalah benar-benar layak.

"Kami dapat tahu ada yang menggunakan cara kotor dan tidak sihat apabila mereka menetapkan akaun facebook mereka secara auto like membuatkan gambar tersebut mendapat like secara automatik. Ia tidak adil kepada peserta lain yang menyertainya,"
ujar Fizo ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.


Fizo berkata demikian ketika diminta mengulas tentang segelintir peserta yang tidak berpuas hati dengan perubahan dan penambahan syarat-syarat yang ditetapkan bagi memenangi pertandingan itu.

Segelintir peserta turut menganggap pertandingan yang dianjurkan oleh jenama tudung terkenal Fareeda itu tidak profesional.

Dalam pada itu, Fizo berkata, peraduan tersebut pada asalnya dikira melalui jumlah like terbanyak yang diterima untuk gambar Berposing Ala Mawar Fizo.

Jelasnya, pemenang akan dipilih daripada 25 peserta akhir di majlis kemuncak yang akan diadakan di butik Fareeda di Bangi, 30 November ini.

"Pada asalnya ia memang dikira berdasarkan jumlah like pada gambar terbanyak, namun kami tambah beberapa syarat lagi iaitu 25 peserta senarai pendek akan diuji sekali lagi di majlis yang diadakan di butik Fareeda di Seksyen 9, Bangi pada Ahad ini.

"Mereka perlu mengkaji tentang latar belakang saya, Mawar dan Fareeda. Saya pasti pemenang yang dipilih itu nanti merupakan yang benar-benar layak kerana mereka akan dinilai oleh beberapa selebriti tempatan,"
ujarnya.

Sementara itu, Fizo mengakui terharu dengan usaha peserta yang sanggup memberi aksi terbaik bagi memenangi peraduan tersebut.

Katanya, ada segelintir sanggup meminta kebenaran untuk bergambar di hadapan rumahnya kerana pertandingan itu.

"Saya perlu berlaku adil kerana ada peserta yang benar-benar berusaha untuk beri posing terbaik. Ada yang sanggup mencari kuda, bergambar dengan menara condong di Teluk Intan semata-mata meniru gaya saya di Menara Condong Pisa di Itali.

"Ada juga yang meminta kebenaran pengawal keselamatan untuk bergambar depan rumah saya,"
ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Fizo, tiga pemenang bakal membawa wang tunai sebanyak RM30,000 dan tudung Fareeda - Portal mStar





Cerita sebenar lelaki sanggup berhenti kerja jaga isteri lumpuh

"DIA amanah saya. Saya dahan dia, tempat dia bergantung," kata Abil Fikri Ahmad, 43 yang sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu.

Fauziah Muhamad, 38, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.

Mungkin tidak semua lelaki yang bergelar suami di dunia ini sanggup melakukan pengorbanan yang dibuat oleh Abil.

Ketika dihubungi di Seremban hari ini, katanya, "saya pegang amanah."

"Apa yang saya lafaz sewaktu ijab kabul dulu, saya cuba tunaikan sebaik mungkin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Dia juga menolak untuk menerima pujian yang diberi kepadanya atas alasan apa yang dilakukannya kerana berpegang kepada undang-undang perkahwinan.

Pasangan itu bernikah pada 13 Mac 2009 dan menerima ujian yang mengubah kehidupan mereka kira-kira dua tahun selepas bergelar suami isteri.

Cerita Abil, pada 22 Jun tahun lalu, kira-kira jam 4.30 pagi, Fauziah mengalami asma sehingga mengalami kesukaran bernafas dan dalam perjalanan ke hospital, isterinya itu berhenti bernafas.

"Apabila jantung berhenti mengepam oksigen ke otak lebih 30 minit, 93 peratus otak tidak berfungsi.

"Setelah dirawat, doktor memberitahu bahawa selepas tiga hari isteri saya akan sedar, namun sehingga hari kelima, dia masih belum sedar," katanya.

Bekas perunding kewangan dan speaker motivasi itu membuat keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik dimaklumkan tentang keadaan isterinya itu.

"Selepas masuk hari kelima, dia (Fauziah) tidak sedarkan diri, doktor yang merawat menjalankan CT Scan dan diberitahu bahawa saraf otaknya mengalami kerosakan.

"Pada detik itu juga, saya terus mengambil keputusan untuk berhenti kerja tanpa teragak-agak," katanya lagi.

Tambahnya, setelah dua bulan terlantar di hospital, Fauziah dibawa pulang ke Seremban sementara keluarga Abil menetap di Kuala Lumpur.


Ketika ditanya mengapa tidak memilih tempat yang lebih dekat dengan keluarganya, Abil menjawab, �saya tidak mahu melibatkan ramai orang dalam menjaga dia."

"Biarlah mereka buat kerja mereka. Saya sudah selesa menjaga dia,� katanya lagi.

Tiga bulan pertama menguruskan kehidupan baru cukup memberi tekanan terhadap emosi lelaki ini, namun setelah bergantung kepada al-Quran, Abil akui mampu menanganinya dengan lebih tenang.

Bertahan hanya dengan wang simpanan, sumbangan orang ramai, wang pencen isterinya dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuatkan dia berhati-hati dalam pengeluaran.

�Setiap bulan keperluan asas dia mencecah RM2,500 dan jika dia kurang sihat sama ada demam dan sebagainya, belanja bulanan mencecah RM3,500 hingga RM4,000.

�Dia tidak boleh menelan atau mengunyah, jadi saya perlu memberi makanan dalam bentuk cecair seperti bubur, bijirin dan susu melalui tiub saluran padanya,� kata Abil.

Berat badan Fauziah menyusut sejak terlantar daripada 70 kilogram (kg) kini hanya tinggal 30kg.

Menurut Abil, dia menerima 'hadiah' daripada ALLAH ini kerana tidak semua orang mendapat apa yang diterimanya.

Bercerita tentang kaedah rawatan yang dicadangkan oleh pihak pakar perubatan, Abil menjelaskan bahawa memang ada cadangan supaya Fauziah menjalani pembedahan, namun setakat ini tiada sebarang jaminan.

�Nak buat boleh, tetapi tiada sebarang jaminan. Saya boleh terima kaedah itu jika ada jaminan," ujarnya.

Mengakui jauh di sudut hatinya berharap agar Fauziah kembali sihat seperti sebelumnya namun redha jika ALLAH mengambilnya.

"Saya memang berharap dia akan sembuh tetapi jika Tuhan mengambil dia, saya redha," katanya.

Menurut Abil, jika berpeluang untuk bekerja semula, dia memilih kerjaya sebagai penceramah motivasi berbanding kerjaya lamanya.

Tahniah isteri Johan Raja Lawak selamat bersalin

Dikhabarkan, Ozlyn, isteri kepada Johan Raja Lawak, telah selamat bersalin hari ini. Ozlyn dikatakan telah selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 4 kilogram!

Berita gembira itu didedahkan oleh seorang jururawat, @east_rynna melalui akaun Instagram pasangan tersebut.

Followers� pasangan itu berebut-rebut mendesak agar jururawat itu mengambil gambar dan kongsikan dengan mereka. Sehingga ada yang begitu terdesak meminta jururawat terbabit menghantar gambar bayi pasangan terbabit secara Direct Message (DM).

Bagaimanapun, akaun jururawat berkenaan telah dipadamkan. Mungkin beliau bimbang jika Johan & Ozlyn mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana mengambil gambar bayi mereka tanpa kebenaran.

Apa-apa pun, tahniah buat pasangan Johan & Ozlyn. Semoga kehadiran orang baru ini meriuhkan lagi keluarga anda.

Sumber asal artikel : Blog Mymediahubonline & Portal Ohbulan
Sumber asal gambar : Blog Myartis








Gaya hijab Ziana Zain paling cun melecun

Siapa yang boleh menidakkan kejelitaan penyanyi senior yang masih gah namanya sehingga kini, Ziana Zain.

Malah sejak dia mengambil keputusan untuk berhijab, pelbagai ragam dan juga gaya yang cuba diketengahkan penyanyi Puncak Kasih itu kala bertemu peminat mahupun beraksi di hadapan lensa kamera.

Baru-baru ini ketika memenuhi sesi fotografi untuk sebuah majalah fesyen dan gaya hidup golongan wanita, Ziana Zain kelihatan begitu mempersona dengan pelbagai citarasa gaya dalam persalinan rekaan pereka fesyen kegemarannya, Rizman Ruzaini.

Tidak seperti kebiasaannya, kali ini Ziana Zain telah menggunakan khidmat solekan daripada jurusolek selebriti terkenal Epie Temerloh yang sekali gus telah memberi penampilan cukup berbeza.

Namun apa yang menjadi perhatian, Ziana Zain telah menggayakan beberapa cara susun letak tudung yang berbeza sesuai dengan pemilihan persalinannya.

Ziana Zain juga kelihatan cukup anggun dengan gaya liuk lentuk manja dalam persalinan gaun malam hitam dan tudungnya yang disimpul bow.


Terdahulu, Ziana Zain turut menyerlah dalam persalinan serba hitam peplum yang ditaburi batu jemaki tetapi masih mengetengahkan ciri-ciri wanita muslimah bergaya moden dan kali ini dia menggunakan khidmat jurusolek kegemarannya, Sheila Mohamad.

Dia juga turut menggayakan satu lagi persalinan couture milik Rizman Ruzaini ketika menghadiri pertunjukan fesyen Islamic Fashion Festival 2014 baru-baru ini di Hotel JW Marriot.

Jadi mana satukah pilihan anda? - Portal Murai

Foto terbaru Nora Danish hanya pakai tali bra dikritik

Pergh... seksinya Nora Danish... nak pergi mana tu? 

"Apa yang Kau mahu, Semua Ku beri Apa yang kau mahu, mahu apa lagi Bagaimana aku pula, Aku rimas Jadi Ku Ingin jalan sana Tolong tepi sikit...... ?? #feelinsleeq ##tepisikit #sleeqtepisikit tulisnya di Instagram."

Kalau korang nak tahu, Nora danish kini sedang sibuk dengan pengembaraan sebuah filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Sumber asal : Blog Infocapayam



Fizo Omar dan Mawar dikritik ubah syarat pertandingan Tiru Gaya Mawar Fizo

Fizo Omar dan Mawar sememangnya satu pasangan suami isteri yang amat romantik dan menjadi idola ramai. Jadi apabila jenama tudung Fareeda mengadakan pertandingan �Tiru Gaya Mawar Fizo�, memang ramai yang berpusu-pusu menyertainya.

Iyerlah, hadiah yang ditawarkan pun amat menarik. Paling koman boleh dapat tudung Fareeda yang sememangnya menjadi idaman setiap wanita.

Namun seperti biasa apabila pertandingan diadakan, pasti ada yang tidak berpuas hati. Hari ini pemilik blog beautifulnara menerima beberapa mesej peribadi yang melahirkan rasa kurang senang mereka dengan pihak Fareeda yang telah mengubah syarat-syarat peraduan sesuka hati pada saat akhir.

Perubahan syarat ini telah membuatkan beberapa peserta meluahkan perasaan di laman sosial Fareeda. Sayangnya cara jawapan pihak admin Fareeda telah menimbulkan lagi kemarahan.


Hmmmm... selalunya memang pihak penganjur berhak menukar sebarang syarat peraduan pada bila-bila masa sahaja. Namun haruslah juga difikirkan susah senang para peserta yang menyertainya.

Kami bukanlah mahu mengkritik pihak penganjur, namun semoga perkara seperti ini tidak lagi berulang di masa hadapan. Perlu diingatkan, tanpa peminat, siapalah kita ini. 

Jangan kerana perkara-perkara kecil sebegini menyebabkan para pembeli setia kita lari. Tak gitu? Semoga ada pengajaran yang boleh kita perolehi.