Foto wajah anak kedua Tomok yang sangat gebu

Minggu ini banyak betul berita gembira yang kami terima. Kalau korang masih belum tahu, semalam, Tomok telah menimang cahaya mata kedua tau!

Yeayy! Arrian dah dapat adik!! Bayi lelaki seberat 3.33 kilogram itu telah selamat dilahirkan di Prince Court Medical Centre tepat jam 1.34 tengah hari.

Nah, yang kat atas itulah foto pertama cahaya mata kedua Tomok yang dikongsi melalui laman Instagram sebentar tadi.

Kalau tengok betul-betul, pipi si comel ni gebu gebas seperti abangnya juga. Kami yang geram rasa nak gomol-gomol si comel ni.

Hmm, kami sebenarnya masih ternanti-nanti reaksi Arrian menyambut baby baru ini. Mana tau Arrian ada lagu khas buat adiknya. Pasti comel!

Apapun, kami pasti little prince ini akan bijak macam Arrian jugak! Buat isteri Tomok, selamat berpantang ya!

Lihat lagi foto sini : Ohbulan




15 Foto majlis pertunangan Hafiz Suip yang amat mewah

Tahniah diucapkan kepada Hafiz Suip dan Nureffy yang telah pun selamat bertunang hari ini. Majlis pertunangan telah pun berlangsung di Kuching, Sarawak. 

Untuk makluman, hari ini juga adalah hari kelahiran Hafiz. Majlis pertunangan ini nampak amat meriah sekali lebih-lebih dengan kehadiran pelamin yang amat menawan. Cantik sangat-sangat.

Kalau tak silap, Nureffy yang merupakan pelajar jurusan perakaunan di Australia akan menamatkan pembelajarannya pada tahun 2016. 

Molek benarlah perancangan yang diatur oleh Hafiz. Tahun ini bertunang, cukup setahun, habis belajar dan dah boleh mendirikan rumah tangga. 

Semoga segalanya berjalan lancar. Sama-samalah kita doakan.

Lagi beberapa gambar sekitar majlis pertunangan Hafiz Suip dan Nureffy dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Project2Pi.

Sumber : Beautifulnara
















Respon balas Rozana Misbun isu didakwa larikan anak dengan polis bersenjata

Ekoran dakwaan Awie yang mengatakan dirinya membawa polis bersenjata ketika melarikan dua orang anak mereka dari sekolah, Rozana tampil menemplak kenyataan suaminya itu.

Tambah Rozana, tindakan Awie tersebut disifatkan sebagai mencari publisiti murahan bagi melariskan konsertnya. Sampai macam tu sekali ke?

Bercakap kepada mStar, Rozana meminta Awie agar berhenti mencari publisiti murahan dengan memanipulasi keadaan anak-anak. Malah soal polis bersenjata juga tidak wujud.

"Saya harap Awie berhentilah berhalusinasi dan tahu membezakan antara fantasi dan realiti. Soal polis berpakaian preman, bersenjata semua tu, ia tidak wujud sama sekali.

Saya faham Awie perlukan publisiti bagi melariskan konsertnya. Tapi tolonglah jangan heret saya dan anak-anak dalam kancah itu. Saya tak perlukan publisiti murahan macam ini untuk meraih perhatian sebab saya hanyalah seorang ibu yang hanya memperjuangkan hak untuk anak-anak yang cuba dinafikan oleh Awie."

Tambah Rozana lagi, istilah �larikan anak� sama sekali tidak wujud memandangkan kedua-duanya adalah darah dagingnya dan memperoleh hak jagaan sementara.

"Istilah �larikan anak� tu macam tak kena sebab Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha adalah anak kandung saya. Saya tak larikan anak orang tapi anak daripada darah daging saya sendiri!"


Ditanya mengenai status persekolahan anaknya yang tertangguh sejak 9 Februari lalu seperti yang didakwa Awie, ini jawapan Rozana:

"Apabila mahkamah syariah memutuskan bahawa sijil nikah kami palsu, maka secara automatik, sijil kelahiran atau surat beranak anak-anak menjadi tidak sah dari sudut undang-undang kerana sijil nikah itulah yang tertera pada sijil kelahiran anak-anak.

Urusan pertukaran sekolah memamg saya sedang usahakan namun ia tertangguh kerana melibatkan banyak pihak termasuklah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).

Bagi saya tak perlulah hantar anak ke sekolah swasta yang mahal yurannya. Tun Mahathir dulu pun bersekolah di sekolah kerajaan saja tapi tengoklah kejayaannya sebagai pemimpin dikagumi dunia."

Kita tunggu pula jawapan daripada Awie pula tentang dakwaan dirinya sengaja mencari publisiti murahan untuk melariskan konsert. Andai benar, kami tak boleh nak cakap apa lagi lah!

Sumber : Ohbulan

Mamat Khalid sound Zizan Razak dan Emma Maembong

"Kalau diikutkan rasa kecewa, itu memang ada. Bagaimanapun, saya cuma tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

" Apatah lagi, mereka bukannya tidak tahu mengenai acara tayangan perdana bersama media pada malam ini,"
kata pengarah filem terkenal, Mamat Khalid.

Mamat ditemui media bagi mendapatkan penjelasannya berhubung ketidakhadiran dua bintang utama filem terbarunya, Werewolf Dari Bangladesh iaitu Zizan Razak dan Emma Maembong di acara pratonton di Cathay e Curve, Damansara, di sini, malam tadi.

Mamat berkata, dia baru dimaklumkan pihak produksi mengenai ketidak hadiran pelakon itu pada acara tayangan berkenaan.

"Apapun, saya juga pernah berbicara dengan Zizan di aplikasi Whatsapp untuk dia membantu sedikit sebayak promosi bagi filem ini.

"Antaranya, saya ada menghantar bahan untuk promosi filem seperti poster dan laman web video klip untuk Zizan bantu promosikan di laman sosialnya,"
katanya.


Menurut Mamat , apa yang pasti dia melihat situasi industri perfileman dulu dan sekarang jauh berbeza.

"Justeru, kalau boleh saya tidak mahu membuat sebarang andaian dan berharap mereka dapat tampil memberi penjelasan masing-masing.

"Bagaimanapun, dari sudut pandangan saya kalau difikir-fikirkan balik saya yang perlukan mereka (pelakon) untuk menghasilkan filem ini. Saya yang beri tawaran kepada mereka.

" Jadi, saya terpaksalah terima keadaan ini. Apa lagi, saya melihat diri adalah seorang pengarah yang kerdil dalam industri ini. Saya tetap yakin pada kekuatan filem ini meskipun dua orang watak utama itu tidak hadir untuk mempromosi filem lakonan mereka,"
katanya.

Filem yang turut dibintangi pelakon lain seperti Usop Wilcha dan Saiful Apek itu akan menemui penonton di pawagam pada 5 Mac ini.

Sumber : Harian Metro

9 Foto terkini isteri Yassin SYJ @ Senario semakin cun melecun

Yassin Yahya merupakan ahli kumpulan SYJ dan juga pernah popular sewaktu bersama kumpulan pelawak legenda iaitu Senario.

Dengan reaksi dan muka selamba, lawak Yassin Yahya sememangnya mudah disenangi dan diterima orang ramai.

Untuk pengetahuan Yassin SYJ dah berkahwin dengan pilihan hati iaitu Farrah Waheeda. Memang cantik orangnya. Mereka berkahwin sekitar tahun 2011.

Baru-baru ini, Yassin telah diberi perhatian ekoran kisah berhutang rumah sewa sehingga barang di lelong. Namun, isterinya tetap setia menyayanginya, ini luahan rasa sayang isteri Yassin:

"dia insan yg ku ada.. die insan yg kusayang... die yg bsama saat ssh sngku... die tmptku mgadu.. bahu die kupnjm utkku luahkan masalah... die tmptku bgdh.. tmptku mbebel.. bile die dlm masalah aku jg bsamanye... tabahkan ati,tenangkn jiwa kami Ya Allah... kerana kami bdua yang tau susah sng kami bsama... limpahkan kebhgian bt kami bdua... dan limpahkan rezeki bt suamiku yassin yahya ksilapan dan khilaf byk mgajar kami erti mneruskan hidup... insyallah kami tempuh dgn sabar .... dia sahabat,teman,phibur hati,musuh dan juga suamiku.... kerana itu aku sntiasa disisinye .... wlupn mlt aku ni pot pet pot pet.."

Jom layan gambar terkini isteri Yassin SYJ / Yassin Senario di bawah. Kredit kepada Utusanmalaysian.







Pesanan Liyana Jasmay buat Lisa Surihani amat memeranjatkan

Liyana Jasmay antara teman rapat Lisa Surihani yang tumpang gembira selepas mendengar berita mengenai kehamilannya...

Lisa yang juga isteri kepada Yusry Abdul Halim itu akhirnya berbadan dua.

Lebih manis berita hadir di saat pasangan itu meraikan ulang tahun ketiga perkahwinan mereka pada 23 Februari lalu.

Baru-baru ini ketika Lisa dan Liyana ditemui dalam majlis anjuran HBO Asia, kedua-duanya berkongsi kegembiraan itu bersama-sama...

�Alhamdulillah doa saya akhirnya terjawab. Cuma satu saja nasihat saya kepadanya kena mula berehat dan jangan ambil lagi tawaran berlakon yang memerlukan kerja berat. Tapi kalau ada undangan ke majlis yang perlu berpakaian cantik, bolehlah pergi juga,� ungkap Liyana ibu kepada Sofia Arissa.


Bagi Lisa pula, Liyana antara teman seperjuangan di arena seni yang cukup akrab dengannya. Lisa memanggil Liyana dengan panggilan Adik. Ketika ini Lisa masih merahsiakan usia kandungannya.

�Sebelum saya disahkan mengandung, dia (Liyana) kerana panggil saya meluangkan masa bersama anaknya. Sedikit sebanyak jadi pengubat perasaan saya. Tambahan pula anaknya sangat manja. Terima kasih atas doa semua...

�Saya adalah berdepan dengan alergi yang teruk tapi masih boleh dikawal. Apa yang ibu saya larang, saya ikut...

�Satu persamaan ketara saya dengan Liyana ialah kami rapat dengan ibu. Mungkin orang akan cakap macam �old fashion� tetapi biarlah yang tradisi itulah tak patut dilupakan,�
katanya yang akan muncul dengan filem Cicakman 3 tak lama lagi.

Baca lagi >> Gosipnhiburan

Dato Seri Vida kongsi kisah sedih dua anak terkorban dalam kebakaran

Jika semalam, Dato Aliff Syukri berkongsi kisah semasa zaman kesusahannya dahulu, hari ini, Dato Seri Vida pula mengimbas semula insiden menyayat hati pada 2013 apabila 2 orang cahaya matanya terkorban dalam kebakaran di rumahnya di Ipoh.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ibu mana yang boleh melupakan kisah tragis itu. Selami luahan perasaan dan kisah benar di sebalik tragedi tersebut yang dikongsikan oleh Dato Seri Vida di laman Instagramnya.

Saya berada di Pulau Pinang untuk lawatan cawangan. Dan panggilan telefon yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila itu masih terngiang-ngiang di telinga:

�Dato�, Dato�� rumah Dato� terbakar!� �Rumah yang mana?� Tanya saya.

�Rumah di Meru Hill, Dato�. Kereta Bentley Dato� meletup.� Saya terkejut namun segera menjawab, tidak mengapa, apa boleh buat, jika kereta ditakdirkan terbakar, saya perlu reda.

�Tapi anak Dato� ada di dalam rumah!� Maha Besar Allah!


Rumah teres dua tingkat itu terletak di Taman Meru, saya sediakan sebagai kemudahan asrama untuk kakitangan Vida Beauty. Dua jam kereta kami memecut, melesat dari Pulau Pinang turun ke Ipoh.

Kami tiba jam 11.30 malam. Allah! Hati saya luluh melihat rumah tempat kami berlindung, rumah tempat tersimpannya sebegitu banyak kenangan kami sekeluarga, rentung dan hangus. Berpuing-puing.

Dan hati saya berseru, inilah rupa-rupanya geruh yang mahu terjadi setelah 36 hari saya menjadi manusia yang tidak keruan, hati merusuh dan asap� ya, asap di Mekah!

Ternyata inilah jawapannya untuk peristiwa kepulan asap bermata yang saya lihat di Mekah. Inilah rupa-rupanya berita sedih yang Tuhan ingin berikan kepada saya.

Sumber : Ohbulan





2 Foto binatang peliharaan Tunku Jalil paling memeranjatkan

Tunku Laksamana Johor, Tunku Jalil kini mempunyai haiwan peliharaan baru iaitu buaya sepanjang hampir 1 meter yang dikongsikan menerusi Instagram miliknya.

Murai Batu nak kata terkejut pun tak, pelik pun tak sebab Tunku memang seorang pencinta haiwan dan sebelum ini Tunku pernah juga kongsikan gambar tapir yang diberi nama Lucy.

Untuk buaya ini, Tunku memberi nama Azlee dan mendapat 5,000 likes �pic� tersebut bersama buaya itu.

Tunku juga mengunakan #buayadarat sekadar ayat gurauan yang sering digunakan oleh segelintir gadis kepada jejaka yang nakal.

Apa-apa keberanian Tunku untuk memelihara seekor buaya itu bagi Murai Batu amat mencabar kerana semua tahu sifat semulajadi seekor buaya yang ganas dan mendebarkan.

Sumber : Murai Batu




Kisah menyayat hati Dato Aliff Syukri sebelum bergelar jutawan

Siapa sangka di sebalik kekayaan melimpah ruah yang dimiliki oleh pengasas produk kecantikan ini, terselit 1001 kisah menyayat hati. Mana taknya, Dato Aliff Syukri pernah menjalani kehidupan yang agak daif dulu.

Jom baca kisah yang dikongsikan menerusi laman Instagramnya semalam. Mana tahu dapat jadi sumber inspirasi kepada anda. 

#bukansenangnaksenang. "Aku dilahirkan di rumah dan di hutan getah felda..pergunungan yang sangat terpencil di negeri pahang..Hari demi hari, orang tuaku menoreh getah untuk mnyara kehidupan kami sekeluarga..

Saya mempunyai 2 org kakak satu kak ani dan satu lagi kak yati.. dan salah seorg kakak saya terencat akal (kak ani) dan sudah mnjadi arwah..(tiada dalam foto) tiga tahun lebih muda dariku ini kakak sulung ku yg mnjaga aku ketika kecil dan kakak yg terencat akal..

Kami hidup dalam kehidupan serba daif kerana kesmpitan hidup tp masa tu aku x faham apa erti kesusahan..hari hari makan telur ayam kampung dan air sirap tak kenal apa itu pizza hut atau kfc..


Aku hidup begitu rapat dgn kakakku ku ini dia mandikan aku,suapkan aku dan dialah ibu dan ayah ketika aku duduk kg bersma nenek..dia kakak yg tegas dalam mndidik adiknya yg tersangat keras kepala..

Hari ni hari jadi beliau dan aku mncari cari cari ribuan foto lamaku tp tiada gambar kenangan kerana ketika kecil keluarga ku amat susah dan tiada kamera. Mungkin sbb tu bila dah besar sy ada sindrom terlajak suka bergambar..gambar yg diambil ketika ini mngkin ini kamera pinjam

tp Allah maha besar terselit satu bgambar kenangan dan sy uploadkan tanda ingatan utk kak yati yg mnginjak usia 31tahun dan adikmu ini mendoakan kebahagian akak tunggalku agar bahgia keakhir hayat..pengorbanan kaklong sukar dilupakan dibalas..tq my super heroin sister in the world..i luv u forever.."
#mukabudakhingusandangigirongak.

Baca lagi : Ohbulan

Aksi mengejutkan Yatt Hamzah lepas failkan penceraian terhadap Abdul Mutalib

Jika semalam ramai peminat yang terkejut dan seakan tak percaya apabila Yatt Hamzah memfailkan perceraian, tapi nampaknya seperti ada sinar baru dalam rumahtangga pelakon dan pengacara ini.

Menurut laporan mStar Online semalam, mahkamah menangguhkan perbicaraan permohonan perceraian yang difailkan oleh Yatt kepada tarikh 12 Mac 2015 untuk sebutan kes dan lantikan peguam.

Terdahulu, suami Yatt, Abdul Mutalib memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia mahu menarik semula kes kerana ingin mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumah tangganya.


Bagaimanapun, Hakim Mohd Saifullah Hamzah menjelaskan plaintif (Yatt) telah pun memfailkan permohonan itu dan kedua-dua pihak perlu berbincang dengan peguam masing-masing bagi meneruskan kes perceraian mereka.

Namun menerusi perkembangan terbaru yang dilihat di Instagram malam semalam, Yatt sendiri telah memuat naik sekeping foto bersama suami dan anaknya dalam keadaan gembira.


Katanya, mereka sedang mencari barang untuk bertolak ke Syria esok sambil Yatt mengucapkan kata cinta kepada anaknya, Suci Hanania Malika dan suami.

Alhamdulillah jika benar hubungan mereka akan kembali pulih. Tak ada siapa yang gemarkan perceraian, betul tak?

Sumber : Ohbulan



Mesej sindiran pedas Emma Maembong buat Zizan Razak?

Satu ketika dahulu, satu Malaysia kecoh apabila Emma Maembong mengesahkan putusnya hubungan percintaan dirinya dengan Zizan Razak.

Namun tidak lama kemudian, Zizan dengan penuh machonya berjaya memujuk Emma dan hubungan mereka kembali pulih.

Nampak macam hubungan cinta masa sekolah pulak kan? Sweet sangat. Teringat kenangan cinta masa sekolah dulu. Hehehe.

Terbaru, Emma telah memuatnaik beberapa gambar yang membayangkan keberantakan hubungannya dengan Zizan.



>> Punca sebenar Emma Maembong dan Zizan Razak putus cinta

>> 10 Gambar gadis misteri didakwa ada hubungan 'Istimewa' dengan Zizan Razak

>> Tauke Jambu akhirnya dedah gambar awek baru Zizan Razak

Gambar yang berisi lirik lagu kumpulan Geisha itu seolah-olah menceritakan perbuatan Zizan yang berulangkali menyakiti hati Emma dan mungkin Zizan bukan cinta sejati buatnya.

Adakah ini susulan gosip hubungan Zizan dengan seorang pegawai stesen Astro?

Harap-harap ini semua salah faham. Kesian Zizan nak kena pujuk Emma sekali lagi. Kesian juga kat Emma kerana asyik merajuk. Penat tau merajuk nie.

Tukang pujuk penat, tukang rajuk pun penat. Diharap Emma tidak merajuk lama sangat. Nanti kang kecoh satu Malaysia lagi sekali. Heheh. Apa kata anda?

Baca lagi : Beautifulnara




Foto selfie Fazura dalam tandas sangat mengancam kini tersebar

Nama Fazura sememangnya semakin meletup-letup di industri hiburan tanah air. Lebih-lebih lagi apabila artis jelita ini menjadi salah seorang juri di rancangan yang cukup-cukup terkenal di negara ini iaitu Maharaja Lewak Mega 2014.

Baru-baru ini dia mengongsikan sekeping gambarnya di dalam bilik air tanpa mengenakan sebarang make up. Namun, dia masih kelihatan jelita dengan wajah yang bersih di dalam gambar selfie tersebut. Jom lihat gambar itu di bawah.

Baca lagi : Masakranum



3 Foto salasilah keturunan arwah Tok Guru Nik Aziz sangat mengejutkan

Salasilah keturunan allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang dikongsi di Facebook. Salasilah TG yang disusun Unit Salasilah, Bahagian Penyelidikan Dan Dokumentasi, Jabatan Pusat Sejarah, Negara Brunei Darussalam.

Ia adalah ihsan Dato� Seri Utama Dr Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri, Pengetua Pusat Sejarah Brunei Darusslam.

Lihat tiga screenshot gambar di bawah yang pasti mengejutkan korang.

Baca lagi : Harianblogger





7 Foto perubahan mengejut penampilan Rozita Che Wan

Pastinya ramai jejaka diluar bertambah-tambah makan hati dengan pelakon berdarah kacukan Zain Saidin bukan? Mana tidaknya, sudahlah dikurniakan isteri cantik, menjaga kebajikan suaminya dunia dan akhirat lagi.

Zain yang menyambut ulangtahun yang ke 31 semalam, Isnin, telah dihadiahkan isteri tercinta pakej menunaikan umrah di tanah suci Mekah dan katanya Rozita pun akan turut sekali pergi menunaikan ibadah itu pada 25 Februari (Rabu) ini.

Pemergian Zain ke tanah Suci Mekah kali ini merupakan umrah pertamanya dan syukur kerana ditemani isteri yang sudah beberapa kali mengerjakan umrah. Hadiah itu diumumkan Rozita yang mesra dipanggil Che Ta ketika sambutan hari jadi suami tercinta di Flora Terrace, Hampshire Place pada Isnin.

Pasangan artis berkenaan menganjurkan majlis hari jadi bertemakan Glam Black, Che Ta begitu anggun mengenakan hijab dan busana hitam yang cantik manakala Zain pulak nampak segak dengan suit hitam.

Che Ta yang menerima pujian kerana tampil bertudung litup tetapi aktres ini memilih untuk bertudung demi menghormati majlis kesyukuran dan bacaan Yasin dipimpin oleh Imam Muda Asyraf dan belum disahkan telah berhijrah. Mungkin selepas pulang dari umrah nanti, InsyaAllah.

Selain Che Ta, Shasha yang juga merupakan kakak kepada Zain Saidin turut berkongsi momen-momen manis majlis tersebut.

Semoga pemergian Zain dan Che Ta untuk menunaikan ibadah dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya - Murai Batu.