Kandungan mesej mesra Zaquan Adha dan gadis misteri

Di laman Rotikaya, sekeping lagi gambar bukti Zaquan Adha membuat panggilan video dan mesej mesra dengan seorang gadis telah diupload.

Ini merupakan kali ketiga perbualan dan mesej Zaquan Adha dengan gadis lain tersebar.

Melalui sekeping printscreen gambar itu, Zaquan Adha sempat bermesej dengan gadis misteri itu sebelum tidur. Isteri Zaquan, Ayu Raudhah dikatakan ketika itu berada di tingkat atas.

Sebelum ini, Ayu Raudhah menafikan gambar-gambar yang tersebar di laman sosial itu membabitkan suaminya.

Zaquan masih lagi belum membuat sebarang kenyataan dari pihaknya - Blog viral-otak.


8 Foto terbaru Cikgu Aishah paling HOT

Baru-baru ini sebuah kisah bapa yang menulis surat cinta kepada gurunya menjadi viral di media sosial terutama whatsapp.

#Ianya adalah kisah seorang bapa yang menulis surat kepada guru wanita yang mungkin telah disampaikan melalui anaknya di sekolah�

#Bapa tersebut sangat berminat dengan guru tersebut dan ingin berkenalan dengan guru yang mengajar anaknya�

Tetapi kalau cikgu tu macam dalam gambar ini. Memang ramai lah bapa-bapa yang akan rajin hantar anaknya ke sekolah betul tak?

Rupanya�cikgu tersebut finalist Dewi Remaja tahun 2014. Macam ni nak pergi sekolah balik boleh tak? - Blog Nomi









Komen Johan Raja Lawak kontroversi Virus tersingkir di MLM 2014

Nasib tidak memihak kepada kumpulan Virus apabila tersingkir pada saingan minggu separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) di Dewan Teater Diraja Selangor di sini sekaligus gagal mara ke pentas akhir MLM 2014 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada Jumaat depan.

Sejak awal lagi, Virus yang dianggotai oleh Yus, Tauke dan Zizan gagal memberikan persembahan memuaskan dan sudah beberapa kali diumumkan menduduki tangga tiga kumpulan terbawah.

Ia seterusnya mengundang kritikan juri iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Farah Quinn, Taufik Batisah dan Fazura yang mahu mereka bangkit memberikan persembahan lebih baik.

Penyingkiran ini sekaligus menyaksikan lima peserta iaitu kumpulan Sepahtu, kumpulan Shiro, kumpulan Bocey, kumpulan Zero dan Nabil akan bertarung merebut gelaran juara dan memenangi hadiah lumayan ditawarkan bernilai RM500,000.


Virus sekadar mengutip 48.61 markah dari sistem pemarkahan 70 peratus oleh juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton. Mereka terpaksa akur dengan penyingkiran ini berikutan memperoleh markah rendah berbanding kumpulan lain.

Berikut pula ialah screenshot komen Johan Raja Lawak selepas kumpulan Virus tersingkir semalam di separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014.

Sumber screenshot : Blog Sinarharian-on9


3 Foto anak Erra Fazira atas sejadah yang mengejutkan

"Alhamdulillah... semangat nak belajar tu ada... tapi lepas satu rakaat dah tumbang. Toleh belakang... dah sekiannnnn wabillahhhh," begitulah seloroh Erra Fazira mengenai ragam anak sulungnya Engku Aleesya ketika belajar sembahyang.

Kata orang... melentur buluh biarlah dari rebungnya ya tak? Tahniah buat Erra!! - Myartis.




Akhirnya Siti Nurhaliza kini berpurdah?

"Fesyen baru tokti. Kesian pulak tokti kena pakai mask sebegini. Kt uss tu kalau time cuaca panas sgtlah rimas!! Dgn sesaknya lagi." - Forum Cari.

Menurut tajuk yang ditulis di laman forum cari, penyanyi tersohor ini dianggap sudah berpurdah? Kami tak tahu betul ke tak andaian penggiat forum ini.

Apapun, korang bolehlah layan sekeping gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza kat bawah yang dikatakan sudah mula memakai purdah.




Anak perempuan Awie dedah sikap sebenar Rozana Misbun

Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung penyanyi Awie yang kini sedang naik turun mahkamah akibat kesnya bersama isteri Rozana Misbun.

Puteri Aleeya Antasha yang kini berusia 15 tahun telah terpanggil untuk menceritakan pengalamannya sendiri sewaktu tinggal dan hidup bersama ibu tirinya, Rozana Misbun.

Baru-baru ini, Rozana Misbun ada membuat kenyataan media apabila berjaya mendapat hak jagaan anak. Ini kenyatan dari Rozana Misbun: (temubual bersama mStar)



Bagi anak gadis ini, kenyataan Rozana Misbun ternyata banyak penipuan dan dia sedia menjadi saksi untuk menceritakan kisah sebenar sekiranya diperlukan.

Ini pula kisah dari pengalaman sendiri Puteri Aleeya Antasha: - Hotlips


16 Foto sambutan harijadi Umie Aida

Untung jadi Umie Aida. Walaupun dah dua minggu hari lahirnya berlalu, tapi masih ramai lagi yang bersemangat meraikan selebriti jelita ini. Kalau kita, belum tentu ada orang nak sambut. Haha!

Surprise birthday party ini nampaknya dirancang rapi oleh sahabat-sahabat baik Umie di Bangsar Avenue. Malah, setiap momen indah di majlis tersebut juga dirakam oleh jurugambar khas, Little Stars Photography - Ohbulan.

















Luahan sayu Sharnaaz Ahmad putus cinta dengan Anis?

Teka-teki mengenai status terkini percintaan diantara Sharnaaz Ahmad dan kekasihya, Anis Al-Idrus nampaknya masih menjadi tanda tanya.

Terbaru, menerusi sekeping foto yang dimuatnaik oleh Sharnaaz di laman Instagram, ada sesuatu yang cuba disampaikan olehnya kepada peminat di luar sana.

Rasanya umum mengenali kekasih hati Sharnaaz, Anis yang merupakan seorang pengusaha tudung dan model. Malah Anis juga pernah beberapa kali membintangi drama tempatan.

Namun tindakan Anis memadam foto Sharnaaz di laman Instagram miliknya mengundang perhatian peminat. Semalam, Sharnaaz memuatnaik sekeping foto dengan kapsyen yang agak menyentuh hati.


"Adik, awak datang masa abg ada musibah, tapi awak bagi abang sedar yg hidup kita mungkin susah, tapi kita ada istimewa masing masing..

Kami pasti ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh Sharnaaz selain daripada rasa terharu dan kagum terhadap kedatangan seorang kanak-kanak kurang upaya ke fitness center nya."


Sehingga kini Sharnaaz mengambil keputusan untuk merahsiakan status hubungannya. Namun sokongan yang diberikan oleh peminat terhadap Sharnaaz tidak pernah putus malah sentiasa mendoakan yang terbaik.

Jika benar percintaan antara mereka berdua sudah pun berakhir, harap Sharnaaz tabah dan cekal dalam mengembangkan keriernya - Ohbulan.


Info terkini pesawat MH370 oleh DCA mengejutkan

Malaysia hari ini secara rasmi mengisytihar semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap telah kehilangan nyawa, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, perisytiharan itu membolehkan keluarga mangsa MH370 mendapatkan bantuan yang mereka perlukan terutamanya dalam proses pampasan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pengumuman khas berkaitan pesawat berkenaan yang disiarkan menerusi TV1 RTM, sebentar tadi.

Selain itu, beliau berkata, Malaysia memberi jaminan pencarian pesawat MH370 tetap kekal sebagai keutamaan.

"Carian dasar laut untuk pesawat MH370 adalah berterusan, melibatkan empat kapal.

"Malaysia amat terhutang budi kepada semua negara dan individu atas bantuan dan sokongan yang diterima untuk MH370,"
katanya.

Sumber : Berita Harian


9 Foto terkini Lisa Surihani selepas disahkan hamil anak pertama

Desas desus mengenai status Lisa Surihani yang sebelum ini didakwa hamil akhirnya terungkap setelah disahkan sendiri oleh suami tercinta, Yusry Abdul Halim.

Tak apa lah memandangkan semua dah terjawab, jom kita ushar sikit foto-foto terbaru Lisa setelah disahkan hamil di majlis pelancaran filem Cicakman 3.

Memetik laporan Sinar Harian, Yusry bagaimanapun enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut kerana memegang pesanan orang tua-tua.

"Mengenai berita kehamilan itu, ya, Lisa mengandung. Tapi kami mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat lanjut.

Sejujurnya kami memegang pesanan orang tua-tua bahawa berita mengenai kehamilan hanya boleh dikongsi selepas tempoh tertentu.

Jadi apabila tiba masanya, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut."






Pada masa sama Lisa memaklumkan dirinya berasa serba salah sama ada mahu berkongsi berita kehamilannya atau tidak.

"Bila ada wartawan yang mesej, saya memang serba salah nak jawab, sebab masih baru dan orang tua-tua pesan kalau boleh lepaskan trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) baru kongsi berita ini.

Apa pun Alhamdulillah atas doa banyak pihak dan terima kasih atas mesej positif yang saya terima menerusi pelbagai medium."


Apa-apa pun tahniah daripada kami di atas berita gembira ini - Ohbulan.






Sebab sebenar Hanez Suraya percepat akad nikah

Pelakon Hanez Suraya mengesahkan akan bernikah 14 Mac ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Akad nikah Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz dengan pasangannya, Romie Razin Adilha dilangsungkan pada sebelah pagi, manakala pada sebelah malamnya diadakan majlis berinai di kediaman keluarga beliau di Seremban.

Majlis menyambut menantu pula akan dilangsungkan pada 21 Mac di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang.

Seterusnya pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Sime Darby Convention Centre pada 22 Mac.

Hanez dan Romie sebaik mungkin cuba mempercepatkan perkara baik ini. Pasangan ini bertunang 3 Januari lalu di Seremban.

Ikuti temubual Hanez dan Romie kepada BH Online baru-baru ini.

"Asalnya memang keluarga masing-masing memberikan tempoh enam bulan selepas bertunang untuk ke fasa perkahwinan. Tapi tempoh itu umpama syarat ketika rundingan keluarga diadakan.

"Hakikatnya keluarga mahu kami mempercepatkan ia ke bulan Mac.

"Cuma ketika itu masih belum ada tarikh tetap. Konsep majlis kahwin saya nanti serba sederhana dan paling penting jemputan yang datang pulang dengan gembira selain menjamu selera dengan makanan sedap,"
kata Hanez.


Menurut Hanez untuk majlis perkahwinannya nanti tiada tajaan besar daripada mana-mana pihak. Seperti biasa Hanez turut mahu mengabadikan hari bahagiannya dengan sentuhan jurusolek kesayangan seperti Chomel dan Syed Dewa.

"Yang ada tajaan pun hanya tajaan kecil seperti bahagian inai. Kami juga menggunakan khidmat perancang perkahwinan sendiri untuk setiap majlis yang akan berlangsung. Saya juga akan memakai baju kahwin rekaan antaranya seperti Wanpa dan KuntumbyNajeeb.

"Saat ini memang saya sibuk membuat persiapan kahwin. Boleh kata sudah hampir 80 peratus sudah boleh lepas tangan kepada perancang perkahwinan. Saya juga akan edarkan kad kahwin tak lama lagi sejurus siap urusan cetakan kad itu,"
katanya.

Hanez memberitahu ketika beliau sedang sibuk merencana hari bahagia, ada tawaran berlakon yang bertandang.

"Saya kena bincang elok-elok dengan pihak produksi kerana takut bertindan dengan tarikh perkahwinan," katanya - Berita Harian.