SEDIHNYA !! 10 Foto sayu Emma Maembong bawa diri ke London?

Kalau nak tahu, Emma banyak berkongsi foto-foto percutiannya tau! Lebih menarik, Emma siap bawa ayahnya sekali.

Wah! Seronok bukan main lagi Emma berposing sakan disana.

Tak kisahlah Emma ke London kerana urusan kerja atau membawa diri. Yang penting, jom tengok koleksi foto-foto menarik Emma di sana. Enjoice!

Sumber : Ohbulan












4 Gambar fesyen terkini rambut Lisa Surihani bikin terbeliak mata

Tahniah sekali lagi kepada pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU selepas aktres jelita itu diketahui ramai sedang hamil anak sulung mereka yang didakwa kembar.

Kami yakin, individu yang paling gembira sekarang sudah tentulah Yusry kerana segala kritikan dan pandangan negatif yang dilemparkannya orang ramai kepadanya hanya mampu menutup mulut.

Terbaru, Lisa Surihani tampil dengan fesyen rambut yang lain dari yang lain seiring dengan pembesaran kandungannya.

Jom tengok 4 FOTO bentuk rambut terkini Lisa yang kelihatan pelik dan memeranjatkan.






7 Gambar fesyen pelik bertudung Rozita Che Wan

Beberapa minggu yang lalu telah berlangsung majlis sambutan ulangtahun kelahiran Datin Nur Shahida, isteri kepada pengasas D�Herb, Dato� Aliff Syukri. 

Majlis yang diadakan di sekitar kediaman Dato� Aliff itu berlangsung dengan cukup meriah malah turut dihadiri oleh beberapa orang selebriti terkenal tempatan seperti Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Lisdawati dan ramai lagi.

Pelbagai fesyen yang digayakan oleh artis yang hadir pada majlis tersebut.

Semoga Rozita Che Wan terus istiqamah dalam berhijab kerana hijrah Rozita Che Wan tersebut sentiasa dinanti-nantikan peminat.

Sumber : Akuke2015








(7 FOTO) Punca sebenar Awal Ashaari kemalangan teruk di Ayer Keroh, Melaka

Berdebar perasaan kami sebaik melihat gambar kereta dipercayai milik Awal Ashaari yang remuk teruk akibat kemalangan.

Menurut Zuan Azmi menerusi laman Instagram miliknya, Awal terlibat dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya PLUS berdekatan R&R Ayer Keroh Melaka arah Selatan.

Difahamkan, Awal dan temannya, Izuan Mokhtar dalam perjalanan untuk siaran langsung Melodi dari Jom Heboh Stadium Ayer Keroh.

Menurut Izuan, kereta BMW 6 Series itu rosak teruk akibat terbabas ke bahu jalan.

"Saya rasa brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian belakang bocor. Semuanya terjadi dengan begitu pantas."Berita Harian

Selepas kemalangan, Awal telah dikejarkan ke Hospital Melaka oleh ambulan dan dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedar diri.

Disebabkan kemalangan itu, tugas Awal di Melodi pada tengah hari tadi telah digalas oleh Penerbit Melodi, Michelle Wee bersama Liza Hot FM.

Sumber : Ohbulan









(5 FOTO) Perubahan imej terkini Nora Danish paling mendebarkan

Bermula dengan gaya daring Diana Danielle menerusi sebuah majalah tempatan, selepas itu imej seksi Tasha Shilla, Nabila Huda dan Dynas Mokhtar ketika menjadi tetamu sebuah pertunjukan fesyen dan imej gaun terbelah sehingga ke paras peha yang digayakan Sharifah Sakinah menerusi sebuah majalah menjadi perdebatan hebat di kalangan pemerhati industri hiburan tempatan.

Kebanyakan peminat mencemuh selebriti-selebriti wanita itu yang disifatkan sebagai tidak menghormati dan bergaya keterlaluan sebagai seorang Muslimah yang sejati.

Sebagai salah seorang daripada anak seni, Nora Danish terpanggil untuk memberikan komen berkaitan isu terbabit.

Mengatakan dirinya pernah terkena dengan pihak penerbitan sebuah majalah, dia berasakan bagai tertipu apabila mereka tidak langsung menyunting gambar yang sudah diambil oleh mereka.


Jom kita baca luahan hati Nora seperti yang dipetik menerusi Malaysian Digest ini.

�Saya bermula dalam industri ini menerusi didikan pengarah Aziz M. Osman. Sejak itu saya memang sudah terbiasa mendengar arahan pengarah dan akan cuba berikan yang terbaik seperti yang diminta pengarah.

�Saya jenis yang tidak pandai membantah dan itu juga cara saya hormat pengarah saya.

�Sama juga jika saya menjalani penggambaran sesi fotografi misalnya untuk menjadi penghias kulit majalah. Saya juga tidak mahu mengecewakan pihak majalah itu.

�Jadi semasa penggambaran apabila pihak berkenaan meminta kita pakai baju yang mereka sediakan, sewaktu itu memang saya ada beritahu yang saya tidak pakai baju sebegitu.


�Namun, mereka minta juga saya pakai. Bila saya pakaian, sebagai contoh nampak pula perut, tapi mereka suruh tarik sikit baju itu dan menutupi perut saya. Hasilnya baju itu nampak tidak cantik pula.

�Insiden saya dikecam dulu, sebenarnya pihak berkenaan beritahu yang mereka akan membuat suntingan pada gambar tersebut tetapi rupa-rupanya mereka beri janji palsu pada saya dan ketika itu saya rasa teraniaya.

�Sikit sebanyak sebenarnya saya juga faham apa yang dirasai oleh rakan artis saya yang baru-baru ini dikaitkan dengan insiden yang seperti aman yang pernah saya lalui,� katanya.

Sumber : Ohmy-gummy




(7 FOTO) Bentuk badan dan aksi mengancam Nazeera Sardi, kekasih Jep Sepahtu

Entah kenapa, pelawak sememangnya selalu berjaya mencuti hati ramai wanita meskipun mereka tidak sekacak mana. Dalam hal ini, Jep Sepahtu turut tidak ketinggalan dilanda pelbagai gosip hangat dengan segelintir wanita yang didakwa sebagai kekasihnya.

Mungkin sudah penat, tambah-tambah melayan dakwaan yang dia telah mengikat tali pertunangan awal Januari lalu dengan wanita sekampung di Kluang, Johor... akhirnya membuat Jep mengakui dia kini 'amat rapat' dengan seorang pelakon.

Lebih menarik, dia juga tidak lokek untuk berkongsi fotonya bersama wanita tersebut yang dikenali sebagai Nazeera Sardi di IG miliknya.

Siti Nazirah Binti Sardi, nama gelarannya Nazirah. Berusia 26 tahun. Seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri. Pernah membintangi beberapa drama antara nya Jiwa Lara dan Bicara hati. Bekerja sebagai Pelakon sepenuh masa. Kelebihan lain ialah beliau boleh mengacara dan menyanyi.

Kini, pelakon sedang meningkat naik itu didakwa merupakan cinta baru kepada pelawak terkenal kumpulan Sepahtu, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin. Benarkah dakwaan gosip yang mula tersebar sejak beberapa hari lalu ini?

Jom saksikan 7 keping foto bentuk badan dan aksi mengancam Nazeera Sardi dengan membaca artikel ini sepenuhnya.








Luahan sayu Hanez Suraya & Romie selepas berkahwin yang bikin meremang bulu roma

Semasa sidang media berlangsung selepas sahaja selesai upacara akad nikah di Masjid Putra, Putrajaya kelmarin, Romie seakan-akan sebak apabila menceritakan mengenai pernikahan mereka dan menjelaskan bahawa pernikahan ini ialah bukti cintanya pada Hanez Suraya dan berharap cerita-cerita kurang enak sebelum ini tidak dibangkitkan semula kerana apa yang telah terjadi adalah suratan dan takdir antara mereka.

�Pernikahan ini adalah bukti saya cintakan Hanez dan mahu menjadi seorang suami yang baik dan membimbingnya ke arah kebaikkan selepas ini dan apa yang kami berdua lalui, Alhamdulillah ia berakhir dengan ikatan yang sah dan berharap tiada apa lagi akan dibangkitkan selepas ini,� ujarnya.

Romie turut memberitahu bahawa dia kagum dengan kecekalan Hanez apabila dilanda pelbagai kontroversi sebelum ini dan penerimaan Hanez terhadap kedua-dua anaknya membuatkan dia sungguh terharu kerana baginya tidak semua wanita yang sanggup berkahwin dengan lelaki yang mempunyai anak tetapi Hanez berbeza daripada wanita-wanita lain.

�Baru sahaja kahwin, Hanez sudah ada dua anak dan bukan semua wanita sanggup untuk terima tanggungjawab itu. Tetapi dia cekal dan kuat untuk berhadapan dengan segala cabaran yang dlalui sebelum ini dan doa saya jodoh kami akan berkekalan selama-lamanya,� tambahnya.


Menurut Hanez Suraya, dia menjelaskan bahawa selepas ini dia akan lebih memberikan tumpuannya kepada keluarga dan karier lakonannya jatuh di tempat kedua. Kariernya dalam lakonan akan tetap diteruskan sekiranya masih ada tawaran berlakon tetapi dengan keizinan suaminya.

�Masih akan berlakon tetapi buat masa ini rumah tangga dan anak-anak menjadi keutamaan.
Romie juga tidak menghalang saya terus berlakon tetapi saya ingin perlahankan seketika dan itu keputusan saya,�
katanya.

Pasangan ini memberitahu merancang untuk mengerjakan ibadah Umrah pada April ini dan itu juga adalah lokasi bulan madu mereka.

"Insha Allah kami akan mengerjakan ibadah umrah pada bulan April depan,� tambah Romie.

Sumber : Rotikaya

Punca sebenar Nina Iskandar buka tudung dan kembali ke imej lama?

"Flightless bird," demikian tulis pelakon yang berasal dari Brunei, Nina Iskandar, 24, melalui Instagramnya baru-baru ini.

Berikutan itu, dia menerima banyak kritikan gara-gara memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkan dirinya sudah tidak memakai tudung.

Bila ditanya oleh media, Nina pantas menafikan penampikannya itu ada kena mengena dengan isu putus tunang sebagaimana yang didakwa

"Ini adalah hal peribadi dan saya tidak selesa untuk komen panjang lebar tentang perkara ini.

"Bagaimanapun, sekurang-kurangnya anda doakan sahaja yang terbaik buat diri saya,"
ujarnya yang bertunang secara senyap dengan ahli perniagaan Ahmed Haiqal, 31, pada Ogos tahun lalu.


Mengenai gambar yang dimuat naik di laman Instagram yang sudah tidak bertudung, menurut Nina perkara itu terlalu sensitif untuk dijelaskan dan dia enggan mengambil peduli tentang kritikan orang.

"Ramai artis yang ketika fotografi hanya pakai turban meskipun mereka berhijab. Isu ini memang sensitif dan orang yang suka mengkritik selalunya memang hanya mencari kesalahan kita.

"Saya manusia biasa yang dicipta dengan kelebihan dan kekurangan sendiri. Ini hidup saya dan saya bukan hidup untuk orang lain, jadi biarlah apa mereka nak kata,"
ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sumber : Myartis

Respon balas Wak Doyok isu komen kurang senonoh kepada Kilafairy

Mengakui serik dengan apa yang dilakukannya terhadap komen yang ditinggalkan di Instagram Kilafairy, Wak Doyok akur dengan perkara tersebut. Bagaimanapun, menurut Wak, apa yang dilakukannya itu hanyalah gurauan semata-mata.

�Saya sudah serik. Tak sangka pula gurauan itu disalah tafsirkan oleh orang lain. Padahal saya hanya bergurau komen macam itu pada gambar Kila seperti gurauan antara kawan. Tak sangka segelintir pihak salah anggap dan menjadikan ia masalah besar�

�Sedangkan antara saya dan Kila memang kami tahu itu hanya usikan kawan. Bila dah jadi isu saya kena akur dengan kedudukan saya sebagai ikon masyarakat saya terima teguran orang dengan hati terbuka,�
katanya kepada Harian Metro menjawab kecaman gila seks yang diberikan kepadanya akibat dari isu tersebut.

Selain itu, dalam masa yang sama, Wak Doyok sendiri mengakui bahawa dia perlu berhati-hati dalam melakukan apa saja perkara di media sosial sambil menjelaskan bahawa dia bukanlah menyatakan perkara yang berbaur lucah.

Tidak pasal-pasal terlekat label gila seks pada figura fesyen ini. Apa-apa pun, Wak sudah dapat pengajaran dan harapnya perkara yang sama tidak berulang lagi dan mungkin boleh menjadi contoh kepada orang lain di luar sana.

Baca lanjut dari sumber asal : Rotikaya


Luahan menyayat hati Umie Aida sukar untuk hamil

Melewati usia yang mencecah ke angka 41 tahun pada 18 Januari lalu telah mematangkan diri selebriti wanita ini. Bukan sahaja gaya dan pertuturan malah Datin Paduka Umie Aida juga mengakui pendapat dan tindakannya menanggani liku-liku hidup juga semakin matang.

Dalam meniti kehidupan sehariannya, pelakon filem 'Embun' ini mengakui kian sunyi dek dua anaknya yang sudah besar dan mempunyai kehidupan sendiri. Terdetik dihatinya untuk mempunyai anak lagi bagi mengubat kerinduannya.

"Saya terlalu sukakan budak-budak tetapi inilah dugaan untuk saya. Allah tidak memberikan saya zuriat dan kami masih belum ada rezeki untuk itu. Lagipun doktor beritahu saya ada penyakit dan peluang untuk mengandung itu agak sukar. Alhamdulillah saya reda dengan ujian ini dan mungkin Allah ingin menguji untuk melihat sejauh mana kesabaran saya. Saya juga tidak tertekan memikirkan tentangnya," ujarnya lagi yang kini sibuk membuat persediaan untuk memulakan sebuah perniagaan yang masih dirahsiakan.


Disebabkan itu, Umie juga mendedahkan bahawa dia merancang untuk mengambil seorang anak angkat jika suami mengizinkannya dalam masa terdekat ini.

"Saya ada dua anak tetapi anak-anak saya sudah dewasa. Mereka sudah ada kehidupan sendiri dan kadangkala saya sunyi. Suami pula sibuk bekerja. Saya sedang memujuk suami untuk mengambil seorang anak angkat dan jika dia izinkan, insyaAllah semua akan menjadi kenyataan. Itu pun jika mendapat keizinannya.

"Lebih kurang dua atau tiga tahun lalu, saya pernah menjaga seorang kanak-kanak lebih kurang seminggu. Tetapi kerana kurang mendapat kebenaran dari suami, saya batalkan niat itu. Disebabkan terlalu sukakan budak-budak, saya rapat dengan anak-anak buah,"
ujar Umie yang kerap berkunjung ke rumah kebajikan atau menghabiskan masa bersama anak-anak yang memerlukan jika punya kesempatan.

Baca lanjut dari sumber asal : Mediahiburan

3 Gambar rumah banglo mewah Mawi dan Ekin kini didedahkan

Rumah penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani sekali lagi dipecah masuk selepas seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh mendakwa ternampak bayangan sepasang orang bunian di kediaman mewah penyanyi itu di Bangi, semalam.

Bercakap kepada Harian Metro, Mawi menjelaskan, �kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah ini selepas ternampak sepasang orang bunian.

�Saya tidak tahu dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,� kata penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 3 itu.

Ketika kejadian, Mawi tiada di rumah kerana ke Sarawak manakala isterinya, Nora Asyikin Rahmat atau Ekin ke ibu kota atas urusan kerja.

Kejadian malang itu diceritakan kepadanya oleh nenek, ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas itu selain anaknya, Cahaya Malaika turut berada di rumah ketika kejadian itu berlaku.

Dikatakan sebelum kejadian, buruh berusia 40-an itu sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran dan berhenti seketika untuk menjamah makanan.

Ini merupakan kejadian kedua kediaman penyanyi itu dipecah masuk. Kali pertama, sekitar Mac tahun lalu rumahnya telah dimasuki perompak dan kerugian hampir RM10,000. 

Bagaimanapun, Mawi dan seluruh ahli keluarganya selamat dari sebarang kecederaan daripada insiden terbabit - Darahidung.