8 Foto pertunangan Zul Huzaimy & Misz Erna

Opps.. gadis misteri yang kami maksudkan sebenarnya ialah tunang Zul Huzaimy iaitu Misz Erna.

Kenapa kami katakan dia ialah gadis misteri itu sebab Zul sebelum ini tidak pernah mendedahkan wajahnya kepada umum. Bertunang pun berlangsung secara mengejut.

Pelakon Zul Huzaimy selamat mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan hati yang dikenali sebagai Misz Erna pada Isnin.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Zul Huzaimy melalui laman Instagram (IG) miliknya dengan memuat naik foto beserta kapsyen yang berbunyi:

�Alhamdulillah selesai sempurna semuanya. #majlis #tunang aku #zulhuzaimy dan dirinya yang tersayang @miszerna.

"Terima kasih mak merestui diriku. Joy sayang mak. Terima kasih puteraku Awal Haziq yang sangat gembira bila diriku sudah berpunya..." 
tulisnya.

Malah keluarga dan juga satu-satunya anak lelaki aktor itu juga merestui pertunangan mereka.

Terdahulu Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak.

Tahniah Astro Gempak ucapkan kepada Zul dan pasangan.

Di sini Astro Gempak ingin berkongsi beberapa foto pertunangan Zul yang diambil menerusi laman IG pasangan itu.

Sumber asal : Portal Astrogempak