Foto solekan muka berparut Nur Syafiqa tak sangka jadi kenyataan

Semalam, seorang gadis yang mempunyai wajah yang cantik dan gebu cedera ditoreh oleh penyamun di rumahnya.

Qada' dan Qadar Allah mengatasi segalanya dan begitu juga dengan apa yang berlaku kepada ke atas adik Nur Shafiqa Lah, 22.

Beberapa tahun yang lalu, Nur Shafiqa pernah belajar di Pusat Giat Mara dan beliau telah mengikuti kelas solekan.

Sehinggalah satu ketika, beliau teringin mencuba solekan ngeri yang menyerupai muka berparut selepas dikelar dengan objek tajam di bahagian muka dan dia sempat merakam gambar solekan ngeri itu di laman Instagramnya.

Siapa sangka, solekan tersebut telah menjadi nyata apabila baru-baru ini Nur Shafiqa cedera di bahagian muka akibat ditoreh dengan pisau oleh salah seorang penyamun yang dipercayai penagih dadah.

Sumber asal : Blog Merahnetworks