Punca Emma Maembong terlibat kemalangan jalan raya

Pelakon terkenal drama bersiri projek memikat suami, Emma Maembong difahamkan telah terlibat dalam satu kes langgar lari beberapa hari yang lepas.

Kereta yang dinaiki Emma Maembong telah dilanggar oleh sebuah kereta dan difahamkan kereta tersebut telah melarikan diri sekitar jam 3 pagi Isnin yang lalu.

Emma Maembong bersama rakan pelakon iaitu Lia Natalia berada di dalam kereta yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk berlakon.

Emma Maembong dan rakannya itu terselamat dari kemalangan itu tetapi keretanya mengalami kerosakan.