Abby Abadi dikecam lagi kerana aibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Foto dan video Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang membuat lawatan mesra ke Batu Caves bersempena sambutan Thaipusam pada hari Selasa lepas sangat mencuri perhatian ramai di laman sosial.

Tak terkecuali, Abby Abadi juga seperti biasa mempunyai pendapat sendiri terhadap sesetengah isu termasuklah perkara ini.

Disebabkan tindakan Abby yang memuat naik foto PM bersama isteri sambil meletakkan keratan berita dipercayai dari sebuah portal bertarikh 10 Februari 2012, Abby teruk dihentam di laman Instagramnya.



Rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan Abby berkongsi foto tersebut kerana menganggap bekas penyanyi itu sengaja mahu mengaibkan pemimpin negara.


Korang rasa Abby berdiam diri ke? Mestilah tidak. Ibu kepada tiga anak itu mendakwa apa yang dibuatnya adalah bersebab.



Mungkin penjelasan individu bernama @lydiaelmi di atas sedikit sebanyak dapat menjernihkan keadaan dan membuatkan segelintir pihak lebih memahami maksud sebenar Abby.

Sumber : Ohbulan