Fazura balas status amaran Zizan Razak

Persengketaan di antara Fazura dan Zizan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak sejak berlangsungnya program Maharaja Lawak Mega 2014 mungkin tidak benar.

Menerusi foto terbaru yang dimuatnaik oleh kedua-dua selebriti ini di laman Instagram masing-masing mungkin menceritakan hal yang sebenar. 

Andai benar tiada persengketaan, baguslah. Namun foto lain yang dimuatnaik oleh Fazura beberapa jam sebelum itu ditujukan buat siapa?


Selang dua jam selepas Zizan memuatnaik foto dengan kapsyen yang menimbulkan seribu satu persoalan itu, Fazura turut memuatnaik foto seolah membalas kenyataan tersebut. 

Namun tidak terlalu direct, cuma berkongsi maksud sore loser yang diertikan sebagai seseorang yang menyalahkan orang lain atas kesalahan dan kekalahan diri sendiri.


Menerusi perkongsian Fazura yang mengajak pengikutnya memahami maksud sore loser ini, sejujurnya kami yakin Fazura layak untuk diberi watak guru di dalam musim baru Oh My English bergandingan dengan Zain Saidin.

Sumber : Ohbulan