Sebab sebenar Tiz Zaqyah tinggalkan dunia glamor?

Sebab sebenar Tiz Zaqyah tinggalkan dunia glamor? - Pelakon wanita Tiz Zaqyah akan cuba untuk kurangkan berlakon untuk menumpukan perhatian kepada syarikatnya KL Calling.

KL Calling merupakan syarikat urus acara, untuk menganjurkan pelabgai aktiviti-aktiviti dan majlis korporat.

�Saya sebenarnya merindui untuk menjalani kehidupan biasa seperti dahulu yang tidak dikenali ramai dan pergerakan saya juga tidak terbatas.�

�Untuk menghidari seketika dunia glamor, menganjurkan aktiviti belia antara cara saya untuk menjadi orang biasa. Lebih-lebih lagi majlis yang melibatkan badan-badan kebajikan, saya sangat seronok membantu mereka,�
katanya kepada portal Murai.com.my.


Ketika ditanya adakah dia tergugat dengan bakat-bakat baru sehingga dia ingin menjauhkan diri daripada dunia glamor?

Tiz memberi penjelasan, dia tidak tergugat dengan pelakon baru malah dia mengalu-alukan kedatangan mereka untuk memeriahkan lagi industri lakonan tanah air.

�Tak rasa pun tergugat, saya masih lagi seronok untuk berlakon dan ikhlas melakukannya demi peminat saya. Lagipun tak salah pun nak bersaing, orang kata bersaing secara sihat,� seloroh Tizz sambil gelak ketawa.

Dalam perkembangan lain, Tiz melakonkan watak sebagai jururawat klinik dalam drama terbaru arahan Jehan Miskin iaitu Seludup.

Seludup bakal ditayangkan pada 4 Disember depan, jam 9.30 malam di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).