RESEPI KEK KUKUS : Baulu Kukus Mekar Pandan

Bahan-bahan :-
  1. 2 biji telur
  2. 200 gram gula pasir
  3. 1/4 sdt garam
  4. 2 sdt pelembut kek (Ovalet)
  5. 275 gram tepung gandum berprotein sederhana
  6. 1/2 sdt baking powder
  7. 150 ml minuman bersoda tawar
  8. 50 ml santan pekat
  9. 25 ml air daun pandan (dari 20 helai daun pandan dan 24 ml air)
  10. 4 titis pewarna hijau
  11. 1/4 sdt esen pandan
Cara-cara membuat :-
  1. Pukul telur, gula pasir, garam dan pelembut kek hingga mengembang dan likat.
  2. Masukkan tepung gandum dan baking powder sambil diayak berganti-ganti dengan minuman bersoda tawar, santan pekat, air daun pandan, pewarna hijau, esen pandan sambil dipukul perlahan.
  3. Sediakan acuan baulu kukus yang telah dialas dengan acuan kertas. Tuangkan aduan sehingga 2/3 bahagian dari tinggi acuan
  4. Kukus ke dalam pengukus selama 20 minit hingga masak dan merekah. Angkat.
  5. Sajikan.

Selamat mencuba ya. Sila SHARE kalau korang suka dengan resepi ini.