Sebab sebenar Jep Sepahtu dan AC Mizal bermasam muka

Entah mengapa semenjak dua kebelakangan ini kontroversi yang melanda industri hiburan tanah air lebih menjurus kepada pelawak-pelawak tempatan.

Selain Zizan, nama Jep Sepahtu juga semenjak dua ini hangat dengan desas-desus yang tidak masuk akal. Contohnya Jep Sepahtu mengamuk kerana dapat nombor dua di MLM2014. 

Tidak cukup dengan itu, yang terbaru, hubungan Jep Sepahtu dan Datuk AC Mizal dikatakan berantakan kerana cemburu dengan jumlah peminat. Fuh!!!

Beberapa minggu yang lalu, Datuk AC Mizal pernah menafikan pergaduhan antaranya dengan seorang pelawak namun nama pelawak tersebut tidak diumumkan. 

Malah Datuk AC Mizal mengakui menganggap pelawak tersebut sebagai seorang adik dan tak ada sebab untuk bermasam muka. 

Namun menerusi Pancaindera semalam, Jep Sepahtu dikatakan makan hati dengan AC Mizal kerana peminat AC yang dikatakan bilangannya lebih ramai berbanding kelab peminat pelawak itu sendiri setiap kali membuat persembahan di Maharaja Lawak Mega 2014.

Macam tak masuk akal bukan? Namun itulah asam garam dunia hiburan. Desas-desus pergaduhan itu pula diperkuatkan apabila Datuk AC Mizal mengumumkan perancangannya untuk mempunyai saluran televisyen sendiri. 


Secara logiknya, takkanlah kerana jumlah peminat pun nak bergaduh? AC Mizal dan Jep Sepahtu kedua-duanya adalah nama besar dalam industri lawak tanah air. Hubungan pun dah nampak macam adik beradik. Mungkin peminat yang lebih sudu daripada kuah?

Rugi sekiranya memang benar Datuk AC Mizal dan Jep Sepahtu bermasam muka kerana perkara sekecil ini. Dunia hiburan kita bukannya besar mana pun. Pergi sana pergi sini, jumpa orang yang sama juga. 

Lagi sedih kalau punca pergaduhan semata-mata kerana jumlah bilangan peminat. Kecil sangat puncannya itu. Semoga hubungan mereka berdua akan pulih atau lebih bagus, sebenarnya mereka tidak bergaduh pun. Sama-samalah kita doakan. 

Sumber : Blog Nomi.