Penjelasan sebenar Alyah isu tanggal cincin kahwin

Januari lalu, satu Malaysia dikejutkan dengan berita pergaduhan Alyah dengan suaminya, Datuk Ramli MS. Tindakan Alyah melanggar kereta Datuk Ramli MS memang tidak disangka-sangka.

Mungkin emosi amarah menguasai diri ketika itu. Namun kini sudah pun masuk bulan Mac 2015, segala peristiwa hitam itu telahpun dilupakan oleh Alyah.

Sering dihimpit persoalan tentang cincin perkahwinannya yang tidak nampak dijari, Alyah menjelaskan yang dia memang sengaja tidak mahu memakainya, bukannya kerana bergaduh dengan Datuk Ramli MS Kata Alyah:-

"Saya memang tak pakai cincin kahwin. Kadang-kadang kita lupa. Saya bukan penggemar emas, hilang nanti susah nak jawab. Sekarang sudah bulan Mac, apa yang jadi sebelum ini (pergaduhan), saya dah tinggalkan di sana (bulan Januari) dah."

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Perkara biasalah bergaduh dalam perkahwinan. Cuma jangan melampau-lampau sampai berakhir dengan perpisahan sudahlah. 

Bila bergaduh ia akan mengajar kita mengenali pasangan masing-masing dengan lebih mendalam. Tak gitu? Semoga Alyah dan Datuk Ramli MS akan terus hidup bahagia. Mana tahu tahun ini ada rezeki nak dikurniakan cahaya mata. Sama-samalah kita doakan.

Baca selanjutnya : Beautifulnara