Info terkini pesawat MH370 oleh DCA mengejutkan

Malaysia hari ini secara rasmi mengisytihar semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap telah kehilangan nyawa, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, perisytiharan itu membolehkan keluarga mangsa MH370 mendapatkan bantuan yang mereka perlukan terutamanya dalam proses pampasan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pengumuman khas berkaitan pesawat berkenaan yang disiarkan menerusi TV1 RTM, sebentar tadi.

Selain itu, beliau berkata, Malaysia memberi jaminan pencarian pesawat MH370 tetap kekal sebagai keutamaan.

"Carian dasar laut untuk pesawat MH370 adalah berterusan, melibatkan empat kapal.

"Malaysia amat terhutang budi kepada semua negara dan individu atas bantuan dan sokongan yang diterima untuk MH370,"
katanya.

Sumber : Berita Harian