Ibu saudara arwah menyatakan anak saudaranya itu amat gemarkan aktiviti lasak dan penyertaannya dalam acara berkenaan telah dimaklumkan kepada ibu bapa dan keluarga.
Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains SMS Sultan Mahmud, Kuala Terengganu tersebut ditemui meninggal dunia sekitar jam 6.35 petang semalam. Ahmad Rafikin ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu tidak jauh dari trek perlumbaan.