Wedding Studio pula dengan berbesar hati akan menaja sesi fotografi untuk majlis perkahwinan dan pernikahan mereka.
�Alhamdulilah kesemua persiapan majlia perkahwinan kami hampir selesai, cuma urusan di Pejabat Agama Islam Selangor masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya.�
�Inshaa Allah, ia akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat sebelum menjelangnya majlis perkahwinan kami pada 12/12/2014,� kata Wan Raja ketika dihubungi Murai.
Menurutnya, dia tidak menyangka akhirnya bakal berkahwin jua dengan Yaya Maembong. Di umur yang begitu dewasa, akhirnya jodoh mereka disatukan oleh-Nya.
�Saya pun tidak menyangka, ada juga yang ingin menaja majlis perkahwinan kami nanti, apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada yang terlibat terutama adik-beradik Yaya,� ujarnya.
Majlis pernikahan akan di adakan di Masjid Al-Ridhuan Ulu Klang manakala majlis resepsi akan berlangsung di 2 tempat iaitu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Namun tarikhnya akan diumumkan kelak - PORTAL MURAI BATU.
p/s : Berikut ialah tiga keping gambar pra-perkahwinan Yaya Maembong dan Wan Raja.