Berikutan itu, ramai yang menyelar Erin Malek sekaligus menganggap pelakon cantik itu gemar bersosial. Namun, di sebalik kritikan-kritikan tersebut, ada juga yang mendakwa bahawa foto tersebut merupakan lakonan semata-mata.
Terkini, menerusi laporan mStar Online, Erin akhirnya membuka mulut untuk menjawab isu terbabit setelah pulang daripada berbulan madu di Los Angeles. Nak tahu Erin jawab apa?
�Benda itu sudah berlalu dan saya tidak mahu komen panjang. Yang penting, suami, keluarga mertua termasuklah keluarga saya sendiri tahu mengenai perkara tersebut.�
Dalam pada itu, Erin turut berkongsi pengalamannya semasa berbulan madu di Los Angeles tempoh hari. Pelbagai destinasi menarik yang dia dan suami kunjungi tau.
�Ini merupakan kunjungan pertama kami di LA dan Vegas. Alhamdulillah, percutian kami amat menyeronokkan. Tiada sebarang perancangan yang teliti sebaliknya kami redah saja apa-apa yang menarik untuk dikunjungi. Di Vegas, kami juga sempat menyaksikan persembahan penyanyi antarabangsa, Britney Spears.�
Sumber : Ohh-bintang