Dia hanya tersenyum dan mohon doa kepada semua peminat semoga ditemukan jodoh sekali lagi dan memberi sinar baru kepada kehidupannya.
�Inshaa Allah� itu yang saya mampu ucapkan mengenai desas-desus yang mengatakan saya ingin bernikah sekali lagi.
�Saya tak boleh ulas dengan lebih lanjut kerana ia hanya andaian dan tafsiran orang ramai, saya tidak boleh beri kata putus kerana saya sendiri pun belum ada jawapannya,� kata Fauziah kepada portal Murai.com.my.
Fauziah Latiff yang ditemui oleh para wartawan di Majlis Media Pelancaran Aplikasi Telefon Pintar �WeAreGorgeous� (WAG) di Khadijah�s Kitchen Setapak, enggan mengulas lanjut mengenai tarikh perkahwinannya.
�Saya tak cakap tahun ini, tahun depan atau tahun yang seterusnya apatah lagi calon suami, kalau ada jodoh� Inshaa Allah adalah rezeki untuk saya,� ujarnya sambil tersenyum.
Mengenai perkembangan kariernya, Fauziah masih lagi giat aktif menyanyi dan menerima undangan terutama di majlis-majlis korporat mahupun jemputan VVIP di seluruh negara.