Ketika itu Awie merasakan sangat gembira melihat tingkah laku ibunya yang menyanyi secara spontan yang ditujukan khas untuk anak-anak dan cucu-cucunya.
�Saya tidak menyangka nyanyian itu adalah untuk kali terakhir buat kami sekeluarga. Ibu saya kelihatan sihat dan tidak menunjukkan sebarang petanda yang dia sakit.�
�Namun semua ini sudah ditakdirkan, dalam pukul 8 pagi tadi, orang gaji hubungi saya yang ibu saya jatuh di bilik air. Tiba saya di rumah, saya pegang tangannya tetapi dah sejuk, nak sedapkan hati, saya hubungi ambulans.�
�Setelah selesai pegawai kesihatan membuat pemeriksaan ke atas ibu saya dan mengesahkan ibu saya sudah meninggal dunia,� ujar Awie kepada portal Murai.com.my.
Awie juga menyeru kepada sesiapa yang mengenali arwah ibunya, sekiranya ingin menuntut hutang sila bertemu dengannya di rumah di Taman Ukay Bestari.
�Kepada yang ingin menuntut hutang sila berjumpa dengan saya, kalau ada yang ingin halalkan saya ucapkan berbanyak terima kasih.
�Dengan kesempatan ini juga saya ucap terima kasih kepada para tetamu, rakan-rakan dan pihak media yang meluangkan masa untuk solat jenazah, saya amat hargai,� kata Awie mengakhiri bicara.

Sumber : Portal Murai